Cuma menteri dan timbalan menteri wajib isytihar harta – PM

- Advertisement -

BERA – Calon ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak diwajibkan mengisytiharkan harta sebaliknya cuma menteri dan timbalan menteri sahaja dituntut berbuat demikian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, namun mana-mana calon bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh mengisytiharkan harta secara sukarela tanpa paksaan undang-undang.

“Tak perlu (isytihar harta), kita buat perkara yang termasuk dalam akta saja. Itu kita buatlah.

“Apabila dah menang nanti jadi ahli Parlimen pun kita diminta isytihar harta dulu. Tapi tak semua (ahli Parlimen) mengisytiharkan harta sebab mereka pun boleh berniaga.

“Tetapi menteri, timbalan menteri mereka wajib isytiharkan harta. Sesiapa nak sukarela nak isytihar harta seperti calon ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli isytiharlah,” ujar Ismail Sabri ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera pada Sabtu.

Beliau malah memberitahu, Timbalan Presiden PKR itu telah pun disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sekarang dia dah kena siasat terserah kepada SPRM lah. Saya rasa mungkin akan disiasat di bawah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Jadi bagi saya perkara yang dikehendaki akta kita mesti patuh, perkara yang tak perlu maka tiada keperluan isytihar.

“Setakat nak jadikan isu pilihan raya sajalah . Tujuan nak perangkap semua isytihar kalau tak isytihar mesti ada sesuatu nak disorok itu tujuan dia,” ujarnya.

Calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diwajibkan mengisytihar harta.

Calon PH bagi Parlimen Pandan, Rafizi Ramli antara tumpuan umum selepas mengisytihar harta sebanyak RM18.85 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat