‘Dulu saya tak bersyukur’ – Aliff Aziz

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz, 30, mengakui kekhilafan dirinya dulu terjadi apabila dia selalu tidak berasa puas dengan apa yang dimiliki, sekali gus kurang mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT kepadanya.

Aliff berkata, sifat Allah yang maha baik itu akhirnya membuka mata dan keinsafan dalam dirinya untuk sedar betapa Allah takkan pernah berhenti ‘memberi’ kepada umatnya yang sentiasa berdoa dan tahu bersyukur.

“Sekarang, saya banyak belajar erti mensyukuri apa saja nikmat diberikan Allah itu walaupun saya sendiri merasakan memang tidak layak memperolehnya di atas apa yang pernah dilakukan dahulu.

“Maha baik Allah SWT kepada saya amat tidak disangka. Pelbagai rezeki masih diberiNya kepada saya sekarang yang harus disyukuri. Sifat Allah yang penyayang ini membuat saya malu kerana berasa tidak layak menerimanya.

“Kalau saya kenangkan betul-betul, banyak nikmat kasih sayang Allah berikan kepada saya antaranya rezeki ibu bapa memperoleh kesihatan yang baik, begitu juga dengan anak-anak dan dikurniakan seorang isteri yang penyayang. Jadi, saya harus sangat bersyukur di atas semua ini,” katanya.

Mengakui sifat positif dalam dirinya itu turut dibantu sokongan keluarga serta rakan-rakan yang baik di sekelilingnya kini, Aliff berkata, dia memohon didoakan semua untuk kekal istiqamah dalam kebaikan.

“Saya mohon doakan saya terus istiqamah kerana perkara ini (istiqamah) adalah paling mahal dan susah untuk diperoleh oleh seseorang. Tapi, insya-Allah pengorbanan mendekati agama dan Allah akan membantu saya. Jadi, kita belajar-belajarlah dan saya pun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan belajar lagi. Cuma, sekarang saya belajar menjaga lingkungan iaitu kawan-kawan di sekeliling,” katanya.

Menurut Aliff, dia juga sekarang lebih memberi tumpuan memperbaiki dirinya sendiri, sentiasa bersama keluarga serta mendekati rakan-rakan yang mendorong ke arah kebaikan.

Katanya, walaupun mendapat banyak pelajaran kebaikan daripada kumpulan tabligh yang disertai, namun bagi Aliff dia tidak boleh dianggap sudah baik kerana hak penilaian itu adalah milik Allah.

Katanya, sebagai peringatan buat kita semua juga janganlah mudah menilai seseorang yang pernah buat silap itu adalah buruk kerana kerana kita tak akan pernah tahu pengakhiran hidupnya bagaimana kecuali Allah SWT saja.

Pada Ogos lalu dilaporkan Aliff aktif mendalami ilmu agama dengan menyertai kumpulan tabligh yang juga disertai beberapa selebriti lain seperti Nabil Ahmad, Faizal Ismail, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.

Aliff yang sebelum ini dihambat pelbagai kontroversi kini akan tampil beraksi di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) mulai 21 November ini bersama 12 lagi peserta lain.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat