Trump Buat Penampilan Rasmi Pertama Selepas Pilihanraya

- Advertisement -

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membuat penampilan pertama di khalayak umum sejak menghabiskan beberapa hari berlindung di White House susulan keputusan Pilihan Raya Presiden.

Beliau hadir pada upacara penghormatan Hari Veteran di Arlington, Virginia pada Rabu.

Trump masih belum memberi komen selepas seterunya dari Demokrat, Joe Biden berjaya meraih lebih 270 undi elektoral pada Sabtu.

Beliau hanya mendakwa menerusi Twitter bahawa terdapat penipuan dan penyelewengan undi tanpa sebarang bukti.

Dalam masa yang sama, kem Trump turut memfailkan tuntutan baharu di mahkamah persekutuan untuk mencabar keputusan pengundian di Michigan.

Sementara itu, Joe Biden turut hadir pada upacara penghormatan buat veteran bersama isterinya di Philadelphia.

Proses peralihan kuasa di White House dijangka mengambil masa memandangkan Trump masih enggan mengaku kalah dalam pilihan raya tersebut.

Menurut pakar, penangguhan pada peralihan kuasa akan menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat