PRK Batu Sapi: Jadikan PRN Sabah Pengajaran

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Peningkatan mendadak kes Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu harus menjadi pengajaran sebelum menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi kelak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat kepada pengundi, terutama dari luar kawasan Parlimen Batu Sapi.

Beliau berkata, walaupun kerajaan negeri menetapkan pelbagai SOP dan sekatan, ia akan menjadi dilema jika pengundi di luar Sabah tetap ingin kembali negeri ini untuk tujuan mengundi.

“Bagaimanapun, isu ini akan diputuskan SPR dan kita akan menunggu sehingga SPR mengumumkan SOP yang perlu dipatuhi.

“Jika kita bercakap mengenai yang datang dari Semenanjung ke sini untuk berkempen, sangat jelas ia menimbulkan persoalan sekiranya ada keperluan mereka datang ke sini semasa tempoh berkempen.

“Melihat apa yang terjadi selepas PRN (Sabah) lalu, tidak silap saya ada lebih 450 kes Covid-19 di Semenanjung datangnya dari Sabah.

“Apabila mereka kembali ke sana, ada yang dijangkiti dan kemudiannya menjangkiti orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal memberi kesan pergerakan pengundi dari luar Sabah kembali ke negeri ini untuk mengundi pada PRK itu.

Masidi berkata, apa yang berlaku selepas PRN Sabah itu adalah satu pengajaran yang baik.

“Ia adalah satu pengajaran yang baik untuk kita dan akan menjadi sesuatu yang bodoh untuk kita mengulang kesilapan yang sama.

“Bagaimanapun, kita serahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk memutuskan, jika adanya keperluan untuk berkempen, rakyat Sabah boleh berkempen dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan oleh SPR.

“Sandakan antara daerah zon merah di Sabah,” katanya – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat