Peniaga Kuantan Dibenar Berjual Di Mana-Mana Lokasi Sesuai

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kini mengambil pendekatan holistik dalam membantu masyarakat terutama golongan B40 yang menghadapi tekanan kewangan akibat COVID-19 dengan memberi kebenaran berniaga di mana-mana lokasi yang sesuai.

Menurut Yang Dipertua MPK Datuk Hamdan Hussin, kebenaran berniaga itu diberi dengan syarat lokasi perniagaan sesuai dan tidak menghalang lalu lintas, tidak menimbulkan gangguan kepada penduduk selain kebersihan sentiasa dijaga.

Jelasnya, pihak MPK telah mengeluarkan sebanyak 1,210 permit harian yang memberi kemudahan kepada seramai 103 orang peniaga sejak pendekatan yang telah dilaksanakan pada Julai 2020 lepas.

“Mereka kehilangan pendapatan harian, terpaksa menyara kehidupan dalam keadaan susah. Melihatkan kepada perkara ini, kami mempermudahkan supaya mereka terus dapat menyara keluarga, menjana pendapatan, mencari pendapatan harian.

“Jadi apabila kami melaksanankan pendekatan ini, golongan yang terjejas disebabkan pandemik, yang kehilangan pendapatan sebab COVID-19, mereka dapat kembali berniaga dengan lebih mudah.
“Ini, selain dapat memulihkan ekonomi pendapatan mereka, kuasa membeli mereka juga semakin baik,” katanya.

Menurut Hamdan, dengan kaedah itu, pihak penguatkuasa MPK akan bertemu peniaga di lokasi mereka berniaga dan memberi nasihat tentang kebersihan serta memastikan perniagaan tidak menghalang lalu lintas sebelum diberi pilihan lesen harian, mingguan atau bulanan, tanpa perlu memohon di kaunter MPK.

Dalam pada itu, peniaga makanan, Zainuddin Samseman, 38 tahun, berkata, kaedah yang dilakukan MPK itu sangat berkesan dalam membantu masyarakat mencari pendapatan tanpa perlu rasa takut akan dikenakan tindakan saman.

“Cara MPK ni memang memberi manfaat yang bagus, di mana kita yang terjejas PKP ini dapat berniaga dengan tidak risau di mana kita boleh berniaga dan tidak perlu mengalih semua barang-barang kami.

“Biasa kena saman, takut kena angkut, sekarang Alhamdullilah, ia mengeluarkan permit, jadi kita boleh berniaga dengan senang hati,” ujarnya.

Sementara itu, bekas pekerja keselamatan yang kini berniaga pakaian, Khairul Azizan Razali, 41 tahun, berpendapat, pendekatan itu membantu menampung kehidupan yang terhimpit akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan meringankan beban kewangan keluarga.

“Bagi saya, ia membantu pada saat tidak ada pekerjaan. Pada musim COVID-19 ini, payah kerja. Jadi kita pun meniaga secara halal. Cara MPK ini bagus. Memang cukup memudahkan,” jelasnya – Astro Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...