PKPD Tiga Kampung Di Kudat Dilanjutkan Hingga 26 November

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk mengekang penularan Covid-19 di tiga kampung di Kudat, Sabah dilanjutkan dua minggu lagi bermula esok sehingga 26 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini pelaksanaan PKPD di Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang yang bermula 30 Oktober lalu sepatutnya tamat hari ini.

Menurutnya lagi, setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan sebanyak 14,096 saringan ke atas penduduk kampung berkenaan dan didapati masih terdapat kes aktif.

Kampung Pengaraban merekodkan 21 kes, Kampung Tanjung Kapor terdapat 10 jangkitan dan Kampung Landung Ayang mempunyai 54 kes.

“Pada masa yang sama, terdapat sejumlah besar sampel ujian saringan yang masih menunggu keputusan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju supaya PKPD di tiga lokaliti itu dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat