Belanjawan 2021 bukan penyelesaian muktamad sekadar ringankan sedikit beban

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Belanjawan 2021 disifatkan hanya memberi sedikit keringanan rakyat berhadapan krisis ekonomi berikutan penularan Covid-19 namun, bukan penyelesaian muktamad.

Pakar Ekonomi dan Kewangan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, Malaysia mesti segera bertindak menangani punca bukan kesan.

“Luahan KWSP seharusnya merisaukan semua. Namun situasi yang diungkapkan adalah ‘kesan’ bukan ‘punca’. Punca akar permasalahannya dari tempat lain.

“Keadaan yang sangat jelas dan sangat menuntut segera Malaysia memerlukan perubahan struktur yang menyeluruh,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Azlan mengutarakan empat struktur yang sangat utama iaitu, “penyediaan bakat, ilmu dan kemahiran adakah sistem pendidikan dan latihan kita mampu menyediakan insan yang berbakat dan berkemahiran yang menepati keperluan ekonomi semasa dan akan datang?”

“Asas perekonomian dan pertumbuhan adakah sektor-sektor ekonomi (perkhidmatan, pertanian, pembuatan, pembinaan, dan perlombongan) didasarkan kepada penciptaan nilai melalui aplikasi teknologi moden dan terkini yang menghasilkan produktiviti dan ganjaran yang tinggi?

“Penciptaan pekerjaan dan penggajian adakah pekerjaan dicipta untuk semua lapisan masyarakat bertepatan dengan matlamat menjadi sebuah negara maju yang memerlukan kemahiran dan keupayaan dan diganjari dengan pulangan kepada pemilik modal (keuntungan)pekerja (gaji dan upah) yang adil dan saksama?

“Sistem perlindungan sosial yang komprehensif dan berkesan-adakah Malaysia mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial yang mencakupi secara komprehensif keseluruhan rakyat Malaysia dengan data yang terkini, lengkap, mikro/terperinci yang membolehkan capaian yang mudah dan pantas serta agihan bantuan sosial yang cekap? Soal beliau.

Noor Azlan menegaskan, jawapannya ada pada semua kita yakni rakyat, majikan dan kerajaan.

“Recovery without reform is a waste. Teguh kita, menang bersama jangan leka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri yang menjelaskan bahawa pencarum mungkin perlu menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun jika simpanan mereka tidak bertambah selepas pengeluaran dari Akaun 1 dibuat.

Ini kerana, berdasarkan perangkaan KWSP, seramai 43 peratus atau 5.38 juta ahli berusia bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1.

Bahkan katanya, perangkaan yang diperoleh juga menunjukkan 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahlinya berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat