Bantu Peniaga Kecil, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah MPSPK Buka Tapak Sekupang

SUNGAI PETANI, – Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telahmelancarkan satu inisiatif baharu dengan mewujudkanTapak Sekupang di kawasan Wisma Ria, di sini, khususuntuk membantu para peniaga kecil menjalankanperniagaan dalam suasana yang lebih tersusun dan selesa.

Menurut Yang Dipertua MPSPK, Yang Mulia TunkuIskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, inisiatif inibertujuan untuk menyokong golongan peniaga kecil dengab menyediakan ruang niaga yang mampu milikdan kondusif. Beliau menjelaskan bahawa pendapatan kutipan hasil lain MPSPK turut disalurkan kembalikepada pembangunan serta kebajikan peniaga kecil di kawasan pentadbiran majlis itu.

“Tapak Sekupang ini merupakan salah satu usahaMPSPK bagi memperkasa peniaga kecil. Kita mahupastikan mereka diberi peluang yang adil dan seimbanguntuk menjana pendapatan, terutamanya dalamsuasana ekonomi yang mencabar,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusanuntuk mempertingkatkan kemudahan awam, pihakMPSPK kini sedang melaksanakan proses penambahbaikan Tapak Sekupang di Wisma Ria. Penambahbaikan ini melibatkan penyusunan semulatapak niaga, penyediaan infrastruktur asas serta penekanan terhadap aspek kebersihan dan keselamatan.

Langkah ini juga diambil bagi mewujudkan persekitaranniaga yang progresif dan harmonis, bukan sahaja untukpara peniaga, malah untuk seluruh komuniti di Sungai Petani.

“Matlamat utama kami adalah untuk memastikankawasan ini menjadi lokasi perniagaan yang tersusundan inklusif, di mana semua pihak  peniaga mahupun pengunjung dapat menikmati suasana yang selesa dan mesra pengguna,” tambah YM Tunku Iskandar Shah.

Usaha ini dilihat sebagai salah satu strategi MPSPK dalam menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan dan memperkukuhkan jaringan sokongan kepada peniagakecil yang memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat