Tiga Negeri PH Mungkin Bubar DUN Serentak Dengan PRU15

- Advertisement -

PETALING JAYA – Tiga negeri pentadbiran Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan akan mengubah ketetapan dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, Pulau Pinang memohon untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan serentak dengan PRU15 maka, mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini memperincikan permintaan itu.

“Meskipun buat masa ini Selangor dan Negeri Sembilan tidak membuat permohonan sama seperti Pulau Pinang tapi jika ada perubahan ketetapan kita akan umum secara keseluruhan.

“Jika perubahan ia tidak hanya membabitkan Pulau Pinang sahaja. Kita akan umumkan pendirian secara keseluruhan dalam masa terdekat. Mungkin dalam tempoh 24 atau 48 jam lagi,” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

Fahmi memberitahu pertimbangan semula ini dibuat bersandarkan kepada strategi, manifesto dan juga rundingan kerjasama dengan parti komponen PH.

Sebelum ini PH mengumumkan tiga negeri PH tidak akan dibubarkan, jika PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim Selangor bersama Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan memfokuskan kebajikan rakyat, termasuk membuat persiapan menghadapi banjir.

Pun begitu Pulau Pinang meneliti banyak alasan untuk membubarkan DUN secara serentak dan salah satu sebab kuat adalah rakyat Pulau Pinang lebih cenderung untuk PRU15 diadakan secara serentak, rata-rata mengatakan mereka tak mahu keluar dua kali.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, faktor ini perlu ambil kira sebab PRU15 bukan berkenaan dengan parti politik tapi berkenaan pengundi, mereka yang buat keputusan bukan parti politik.

“..kita menawarkan tapi akhirnya mereka keputusan.

“Suara rakyat sudah kita tentu kena bagi pertimbangan dan ada reaksi kuat dari Pulau Pinang. Jadi, kita perlu mendengar pandangan dan bincang semula,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat