Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Allahyarham yang dirawat di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Shah Alam sejak 29 September lalu menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Berita duka itu telah dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd. Hisham, 26, sebentar tadi.

“Dengan rendah hati saya memaklumkan abah saya, Hisham Ahmad Tajudin telah kembali menemui Sang Pencipta pada waktu Asar, pukul 4.30 petang tadi.

“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Innalillahiwainnailaihirojiun,” kongsinya.

Allahyarham yang menghidap kencing manis dan darah tinggi dirawat di HDW Shah Alam sejak 29 September lalu dan kesihatannya merosot selepas mengalami batuk berpanjangan sebelum disahkan mengalami jangkitan paru-paru.

Allahyarham Hisham dikenali menerusi filem antaranya Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988), selain drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014). – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat