PKPB Di Seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, KL dan Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober jam 12.01 tengah malam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan itu selepas Sidang Khas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara membuat keputusan.

“Sidang hari ini mendengar pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung peningkatan kes-kes positif di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.” jelas beliau.

Menurut Ismail Sabri lagi, keputusan melaksanakan PKPB itu dibuat selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira peningkatan dan penularan berlaku seperti di Klang dan Petaling Jaya dan dilihat meningkat di Gombak dan dan daerah lain-lain.

Sepanjang PKPB ini dilaksanakan, pergerakan keluar masuk / merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagi pekerja yang perlu meretas daerah, mereka perlu menunjukkan pas pekerja atau surat kebenaran majikan. Selain itu, hanya dua (2) orang sahaja dibenarkan keluar membeli barangan keperluan, semua sekolah, IPT, institut latihan kemahiran, tadika, taska pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

Disamping itu, semua masjid dan rumah ibadat bukan islam juga ditutup. Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan serta pusat-pusat hiburan dan kelab malam.

“Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor masih dibenarkan beroperasi seperti biasa”.

“Bagi menyekat penularan wabak ini  terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuatkuasa 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020,” tegasnya.-SuaraTV

Berita lanjut akan menyusul

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat