Haramkan, kenakan hukuman paling berat jika benar GISBH ajar kanak-kanak meliwat – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) sekiranya benar dakwaan mangsa di rumah amal itu diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain seperti yang dilaporkan.

Adun Merlimau itu malah menuntut GISBH dihukum dengan hukuman paling berat kepada si pelaku sekiranya benar melakukan modus operandi seperti didakwa.

“Jika benar ini berlaku maka kerajaan dah boleh haramkan pertubuhan ini dan hukuman yang paling berat perlu diberikan kepada si pelaku.

“Mohon kepada sesiapa yang ada maklumat ataupun berada di dalam situasi yang sama tentang perkara yang menyesatkan sebegini untuk jangan takut maklumkan pada pihak berkuasa.

“Kita mohon juga pada pihak berkuasa untuk rempuh dan siasat di setiap cawangan mereka dan pastikan perkara ini tidak berlaku di tempat lain juga,” gesa Akmal.

Tegas beliau, perkara ini bukan Islam, tetapi ini adalah ajaran syaitan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin memaklumkan siasatan polis mendapati modus operandi yang dilakukan di rumah amal dikaitkan ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Dalam Op Global dijalankan antara jam 6-11 pagi semalam, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Razarudin berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Mengulas cara operasi kumpulan itu, selain diliwat dan meliwat, Razarudin berkata, mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan mereka menjadi kritikal.

“Mangsa kanak-kanak dan sentimen agama digunakan untuk menagih simpati bagi mendapatkan sumbangan.

“Menggunakan objek yang dipanaskan bagi mencederakan mangsa sebagai tanda menghukum atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu menyentuh tubuh mangsa dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan Islam,” katanya dalam sidang media ‘Op Global’ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat