Zahid Akan Buat Pembersihan Dalaman, Singkir Pengkhianat Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihaknya akan melakukan pembersihan di dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Beliau tidak mahu melihat BN dan Umno terus menyimpan ‘pengkhianat’ dalam parti.

“Kita tahu kalau ada musuh di luar parti kita, itu kita kenal pasti dengan mudah. Kalau ada duri dalam daging, gunting dalam lipatan, kita kenal. Sekilas ikan di air, kita kenal jantan dan betinanya.

“Tidak lama, saya ulangi, tidak lama. Sesuatu mesti dilakukan untuk membersihkan. Kita harus melakukan pembersihan dari dalam.

“Kita tidak mahu ada musang dalam reban ayam. Musang perlu dikeluarkan. Kita tidak mahu ada bangkai tikus dalam telaga kita. Telaga yang ada bangkai tikus airnya tidak boleh diminum,” lapor Sinar Harian semalam.

Pengerusi BN itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-14 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.

Dalam pada itu, Perlembagaan BN perlu dipinda semula bagi membolehkan parti-parti lain menyertai gabungan itu.

Zahid menegaskan, perlembagaan lapuk yang ada pada masa ini seharusnya diketepikan.

“Yang akan menyertai tujuh parti tidak boleh masuk kerana Perlembagaan BN mengikat mereka daripada masuk.

“Kerana syaratnya jika ada satu parti menolak mana-mana parti yang (mahu) masuk, maka itu tidak boleh dilakukan.

“Perlembagaan BN perlu dirombak semula,” kata beliau.

Zahid juga mempersolkan mengapa pihaknya perlu menolak parti yang mahu menyertai dan berkawan dengan BN.

“Orang mahu berkawan dan orang mahu menyertai kenapa perlu ditolak?,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat