KKM tak salah bagi ubat darah tinggi kepada Najib – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akui telus dalam memberi perkhidmatan dan memaklumkan jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa Datuk Seri Najib dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, ketika Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat 9 September 2022 sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik dan optimum.

“Pemeriksaan dan ujian berkaitan telah dijalankan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.

“Pihak HKL juga telah mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang telah dihadiri oleh bekas Perdana Menteri dan ahli keluarga beliau. Keputusan ujian-ujian telah dimaklumkan semasa sidang ini mengikut amalan professional kedoktoran.

“Mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk didiscaj dari HKL,” jelas Dr Noor Hisham.

Beliau malah menegaskan, jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM.

“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL.

“KKM ingin memaklumkan bahawa KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun
pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan mahkamah,” kata beliau.

Hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah Najib akan dirujuk ke Hospital Kajang petang ini berikutan ubat darah tinggi baru yang diambilnya menyebabkan kesan teruk ke atas Perdana Menteri itu.

Kata Sri Ram, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Penjara bahawa ubat tekanan darah tinggi Najib ditukar dan ia menyebabkan kesan teruk kepadanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat