“Kalau buat PRU masa banjir, kami sumbat kamu dalam penjara” – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memberi amaran sekiranya kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sewaktu musim banjir, PKR akan pastikan pemimpin terbabit disumbat dalam penjara selepas pilihan raya.

Dalam ceramah Rapat Mega Keadilan yang berlangsung malam tadi Rafizi mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan menang sekiranya pilihan raya berlangsung ketika bencana banjir sedang berlaku.

“Saya nak beritahu nak beritahu kepada rakyat Malaysia kepada Datuk Seri Ismail Sabri lagi lama kamu ratib nak masuk pilihan raya, lagi dekat kita nak masuk tengkujuh, lagi besar peluang PKR untuk menang pilihan raya.

“Sebab itu malam ini kita tunjukan, minggu depan kita tunjukan, minggu lepas itu kita tunjukan kalau kamu berani panggil pilihan raya masa banjir, kamu panggil.

“Insya-Allah kami sumbat kamu dalam penjara lepas pilihan raya,” kata Rafizi sambil disambut sorakan hadirin lapor Malaysia Gazette, malam tadi.

Sementara itu, Rafizi memberitahu PKR akan menggerakkan jenteranya untuk membantu mangsa sekiranya banjir berlaku pada musim tengkujuh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat