Email Pembaca: Pegawai PMO Difitnah Untuk Gugat Perdana Menteri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ini adalah taktik jijik yang sedang digerakkan oleh pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada YAB Perdana Menteri.

Serangan bermotifkan politik kepada pegawai PMO ini kerana Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri dilihat tidak ada liabiliti dan banyak keputusan beliau mendapat sokongan rakyat.

Musuh politik PM terpaksa mencari jalan untuk gugat kedudukan beliau.

Maka, pegawai di PMO menjadi sasaran musuh politik. Tak dapat dinafikan serangan paling kuat dihalakan kepada KSUS Perdana Menteri. Pelbagai fitnah dilemparkan kepada beliau.

KSUS digambarkan berkuasa penuh hingga melebihi kuasa Perdana Menteri. Bagi mereka yang bekerja di jabatan Kerajaan, mahupun Pejabat Menteri akan tahu bahawa KSUS bukanlah jawatan yang boleh melangkaui kuasa Menteri mahupun Perdana Menteri.

Apa sahaja surat yang sampai dari pegawai Perdana Menteri ke Menteri hanya akan diputuskan oleh Menteri dan dalam keputusan melibatkan kelulusan kewangan, hanya Menteri Kewangan sahaja berkuasa penuh. Hatta jika Perdana Menteri pun tiada kuasa menentukan apa-apa sahaja nilai bagi sesuatu kerja.

Dalam kebanyakan hal, yang menguruskan jadual adalah SUSK. Hubungan kerja dengan penjawat awam juga diselia oleh SUSK.

Dan dengan keadaan suhu politik yang sedang meningkat ini, Setiausaha Politik mainkan peranan yang sangat penting.

Jika nak diukur dari segi pengaruh, pengaruh Setiausaha Politik atau Setpol ini lebih besar dari SUSK ataupun KSUS.

Tetapi disebabkan SUSK, KSUS yang selalunya ditugaskan untuk menulis surat kepada agensi Kerajaan, maka lebih mudah nak fitnah mereka.

Dalam mana-mana Pejabat Menteri atau Pejabat Perdana Menteri, ramai pegawai Kerajaan yang ditugaskan memastikan segala urusan pentadbiran dapat dilaksanakan sebaiknya.

Ada lagi pegawai yang ditugaskan menguruskan Parlimen.

Ini juga termasuk Setiausaha Akhbar yang menguruskan media dan tugasan komunikasi dan penyampaian kepada pihak awam.

Tidak ada mana-mana pegawai Menteri atau Perdana Menteri yang berkuasa penuh untuk hingga boleh melangkaui kuasa Menteri dan Perdana Menteri.

Ini tidak lain fitnah dari pihak yang kecewa apabila apa yang mereka hajatkan tidak kesampaian.

Adakala permintaan yang munasabah boleh ditunaikan, tetapi bila melibatkan hingga mahu mencampuri beberapa urusan Badan Kehakiman..

Tanpa kompromi, kita terpaksa kembali kepada sumpah jawatan yang telah kita ikrarkan sewaktu kita mengambil tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Kepada semua pegawai Menteri dan pegawai Perdana Menteri yang menjadi sasaran serangan fitnah pihak yang tidak berpuashati, saya hanya boleh berikan sedikit panduan dari pengalaman lama saya dahulu agar tetapkan pendirian dan istiqomah kita, apa sahaja yang kita buat hanya kerana agama, bangsa dan negara.

Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah. Bekerjalah dengan penuh keikhlasan semoga Allah melindungi semua penjawat awam.

Ikhlas daripada,

MANTAN PTD

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat