#PRNSabah : Zahid Tolak Hajiji Sebagai Ketua Menteri

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak perlantikan Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri.

Menurut Zahid perkara itu hanya akan diputuskan selepas pilihan raya (PRN) Sabah nanti.

“BN memutuskan bahawa Ketua Menteri Sabah hanya akan dipilih oleh ADUN-ADUN BN dan rakan-rakan kongsi politik.

“Apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baharu,” katanya ringkas ketika dihubungi SuaraTV.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Hajiji mungkin akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah jika dipersetujui oleh rakan-rakan sekutu Bersatu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika berucap di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran di sini pagi ini.

Hajiji yang turut hadir mengiringi Muhyiddin kemudiannya bergerak ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Sulaman.

Gabungan Rakyat Sabah diumumkan Perdana Menteri hari ini terdiri daripada Barisan Nasional (BN), komponen Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat