PRN Sabah: BN Janji Ubah Balik Pantai Manis

- Advertisement -

PAPAR – Janji tidak ditepati Parti Warisan Sabah (Warisan) akan dijadikan modal untuk Barisan Nasional (BN) ubah balik kerajaan negeri Sabah.

Calon BN N.27 Pantai Manis, Mohd Tamim @Tamim Zainal berkata, selama dua tahun ini BN telah bekerja keras mendepani isu semasa rakyat di sini.

Oleh itu, beliau yakin dan percaya BN boleh bangkit kembali untuk mengambil alih kerajaan yang telah dimenangi Warisan pada pilihan raya lepas.

“Bersandarkan kepada gerak kerja kita selama ini dengan isu yang rakyat sudah sedia tahu ditambah pula dengan pencapaian dengan parti yang ada sekarang dinilai tidak menepati janji…saya percaya rakyat Papar sepenuhnya akan menyokong BN semula.

“Isu perjuangan dan isu janji yang tidak ditepati kita akan perbetulkan balik.

“Apa pencapaian yang baik yang telah dibuat parti kerajaan sebelum ini kalau yang baik kita teruskan kalau tidak baik kita buang jauh -jauh. Kita akan cipta satu fenomena baru untuk rakyat di Papar ini,” jelas Mohd Tamim kepada SuaraTV di Pejabat UMNO Bahagian Papar, di sini, hari ini.

Sementara itu, pemangku Ketua UMNO Bahagian Papar, Jamil Nerubi berkata, BN dan Bersatu di sini telah mengadakan perjumpaan untuk sama-sama memenangkan calon BN.

“Jentera kita juga sudah 70 peratus bersedia, jadi dengan kekuatan ini UMNO bersedia untuk ambil balik Pantai Manis daripada Warisan.

“Kita akan bawa isu projek pembinaan Kaiduan yang selama ini tidak mempedulikan bantahan rakyat,” katanya.

Menurutnya, ahli UMNO di sini mempunyai kekuatan anggota 6,000 orang ia memberi kelebihan kepada calon kita.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat