PAS & 10 Kerusi Dalam #PRNSabah: Annuar Musa Bukan Menyindir

- Advertisement -

PROSES penamaan calon untuk pilihanraya negeri (PRN) Sabah sudah pun selesai. Hakikat bahawa PAS tidak diperuntukkan sebarang kerusi dalam PRN berkenaan pun, sudah diterima dengan lapang dada oleh kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Bunyi-bunyi tak puas hati bagaimanapun, masih ada, terutama ketika muktamar PAS ke 61 sedang berlangsung sekarang di Kelantan.

Ini tak mengapa, biasa. Tak mudah nak puaskan hati semua orang.

Begitupun, tak puas hati macam mana pun, janganlah menimbulkan kekeruhan dengan mendakwa Tan Sri Annuar Musa menyindir PAS kerana meminta sehingga 10 kerusi dalam satu posting bertarikh 8 September yang lepas.

Itu tak betul.

Dalam kenyataan di akaun Twitternya pada 8 September itu, Tan Sri sebetulnya mahu parti-parti komponen kembali kepada meja perundingan, dari membuat kenyataan media yang hanya memberi peluru kepada parti lawan untuk mengatakan BN/PN sedang berpecah dan tidak bersatu hati dalam isu pembahagian kerusi.

Tidak ada maksud menyindir sama sekali.

Satu hal yang lain, dulu PAS bergerak sendiri, nak bertanding berapa kerusi sekalipun, ia adalah keputusan parti itu sendiri. Sekarang, PAS dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) yang di dalamnya terdiri beberapa parti lain seperti PPBM, Star dan lain-lain.

Sudah tentu bila bergabung seperti ini, PAS tidak ada kelebihan sama seperti mana ketika mereka bergerak sendiri macam dulu. Kena ikut keputusan jemaahlah sebab sasaran yang sebenarnya ialah menumbangkan Warisan+ (DAP + PAN) dalam PRN berkenaan.

Itu sahaja.

Manaf Haji Arshad
Wilayah Persekutuan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat