#PRNSabah : Calon BN Tidak Gentar Berdepan Dengan Anifah (Video)

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Calon Barisan Nasional (BN), Awang Syairin Awang Bakar bagi kerusi N30 Bongawan berkata tidak gantar berdepan dengan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau ketika ditemui berkata sentiasa peka dan prihatin dengan masalah pembangunan, ekonomi serta kesejahteraan rakyat di kawasan itu.

“Kami tahu bahawa N.30 Bongawan ini kerusi panas, kerana Presiden PCS bertanding di sini tetapi kami di Barisan Nasional telah bersiap siaga dan Insyallah lawan tatap lawan, radu tatap radu.

“Walau apapun Insyallah kita akan melawan secara sihat dan setiakawanan dan BN akan memenangi kawasan ini,” katanya ketika di temui sejurus selepas proses penamaan calon pagi tadi.

Sementara itu, beliau menjelaskan sebagai bekas pegawai daerah beliau akan menjadikan isu pembangunan dan ekonomi sebagai fokus utama sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Bengawan.

“Saya lihat bahawa pembangunan, ekonomi dan mensejahterakan rakyat (adalah isu utama). Dalam ekonomi di DUN ini pengalaman saya sebagai pegawai daerah sebelum ini akan digunakan sebaik mungkin untuk diterjemahkan bagi kesejahteraan rakyat.

“Kita tau apa masalah dan kita tau apa yang kita rancang dan apa yang kita buat untuk rakyat di kawasan ini,” katanya lagi.

Terdahulu proses penamaan calon bagi DUN Bongawan menyaksikan pertandingan 4 penjuru di antara penyandang kerusi Bongawan Dr Daud Yusuf – Parti Warisan Sabah (Warisan); Awang Sairin – BN; Mohd Azree Abd Ghani – Parti Liberal Demokratik (LDP) dan bekas menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman yang mewakili Parti Cinta Sabah (PCS).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat