Kerusi BN Cukup Untuk Bentuk Kerajaan Negeri

- Advertisement -

Barisan Nasional (BN) Sabah meletak calon di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 26 September 2020 nanti.

Selepas tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi tadi, parti komponen BN, UMNO meletak meletak 32 calon, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) 5 calon dan MCA 4.

Jumlah ini membolehkan Barisan Nasional membentuk kerajaan dengan majoriti mudah seandainya menang kesemua kerusi yang mereka tandingi.

Jika ada kerusi yang kecundang, BN mempunyai rakan kerjasama politik Perikatan Nasional (PN) Sabah yang dikatakan bertanding sekitar29 kerusi. 90 peratus kerusi yang ditandingi PN tidak bertindih dengan BN dan ini menjadikan kerjasama ini berupaya menubuhkan kerajaan yang stabil.

BN yang diketuai oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin (DUN Lumag) turut membariskan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak (DUN Usukan) dan Timbalan Pengerusi BN Sabah, Yaakub Khan (DUN Karambunai).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat