#PRNSabah : PAS Elak Perangkap Musuh

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Keputusan PAS untuk tidak merebut kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah strategi mengelak daripada terjerat perangkap musuh.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selepas akur dengan keputusan untuk tidak mempertaruhkan calon dalam PRN Sabah memberitahu wujud desakan supaya parti Islam itu diberi laluan ketika rundingan kerusi dibuat sebelum ini.

Bagaimanapun Malaysiakini melaporkan, menurut beliau, keputusan PAS untuk tidak bertanding itu dilakukan bagi mengelak perangkap yang dipasang oleh musuh.

“Dari segi strategi politik ini macam-macam tapi kita menerima (keputusan). Sebenarnya PAS terlibat dari awal lagi perundingan dan perbincangan (kerusi).

“Cuma apabila dibuat keputusan, walaupun PAS mendesak supaya diberi laluan tetapi ada beberapa masalah dan perkara. (Jadi) kita fikir kita (perlu) berjiwa besar, kita bersetuju dengan pandangan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

“Menghadapi pilihan raya ini perlu strategi yang betul, jadi kita mengelak perangkap yang dipasang musuh. Jika kita bertanding akan timbul pertembungan sesama sendiri, natijahnya adalah kerugian kepada muafakat,” katanya memetik laporan Malaysiakini pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, hari ini.

11 September lalu, PAS mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Sabah, bagi mengelakkan pertembungan dengan calon parti sekutunya.

Keputusan itu dinyatakan Abdul Hadi berhubung ketiadaan calon daripada parti itu dalam pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mengakui bahawa wujudnya rasa kecewa susulan keputusan itu namun yakin perkara itu boleh diatasi.

“Kita boleh urus, insya-Allah ahli PAS ini terkenal dengan ahli yang patuh dengan keputusan parti. Sebab bagi kita untuk elak pertembungan sama-sama kita, kita berpegang keputusan parti.

“Alhamdulillah walaupun rasa kecewa di mana-mana tak boleh nafi, tapi secara keseluruhan kepimpinan PAS di Sabah dan jentera akur dengan keputusan dan kenyataan yang dibuat oleh presiden,” katanya sambil menyatakan keyakinan PN akan memenangi PRN Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat