DAPSY gambarkan Pemuda Umno “ah long” dan samseng

KUALA LUMPUR – Ketua DAPSY Kebangsaan Woo Kah Leong memberi gambaran dengan melabel Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh dan sayap pemuda itu sebagai ah long atau along yang didakwanya sebagai samseng dalam politik.

Kah Leong melahirkan persepsi negatif itu apabila mendakwa wujud pilih kasih dalam kesilapan pemasangan Jalur Gemilang.

“Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Di Malaysia, ada sekumpulan yang digelar “Along” yang suka “singgah” rumah orang untuk kutip hutang. Sikapnya bermaharajalela, berleluasa dan langsung tidak menghormati kedaulatan undang-undang.

“Dalam politik, pun ada makhluk sedemikian yang bertindak seolah-olah along dan samseng.

“Sebelum pergi Pulau Pinang, lebih baik makhluk tersebut yang selalu bertukar pendirian dan tidak pernah konsisten untuk singgah di Terengganu, sambil tegur pemuda sendiri dan juga Pas yang pernah buat kesilapan yang sama.

“Jangan dwi piawaian dan hipokrit,” bidas beliau.

Meski tidak menamakan namun DAP menyertakan poster Akmal dalam hantaran kenyataan berkenaan.

Sebelum itu, media melaporkan Pemuda Umno Terengganu menyiarkan satu grafik dengan imej Jalur Gemilang yang salah.

Kejadian itu berlaku ketika ketua sayap tersebut, Akmal Saleh, sedang lantang mengecam seorang pemilik kedai perkakasan di Pulau Pinang kerana mengibarkan bendera negara secara terbalik.

Sementara itu, gambar lama Akmal memegang bendera Palestin secara terbalik bersama beberapa pemimpin Pemuda Umno lain dua tahun lalu turut kembali tular.

Jalur Gemilang dalam grafik Pemuda Umno Terengganu tersebut hanya mempunyai 12 jalur, bukannya 14 seperti yang sepatutnya.

Kesilapan itu disedari oleh pengguna media sosial yang peka, dan ramai antara mereka mempersoalkan sama ada Akmal akan juga ‘menyerang’ Pemuda Umno Terengganu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat