AMK tanya kenapa Akmal diam bila Pemuda Umno Terengganu buat salah pamer Jalur Gemilang?

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyeru agar Pemuda Umno dan seluruh kepimpinannya tidak bersikap hipokrit dalam isu-isu melibatkan simbol negara.

Pengarah Komunikasi AMK Nurhanani Dhamirah Razaleh berkata, sayap muda PKR itu mempersoalkan prinsip dan konsistensi Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh sama ada kecaman yang dilaungkan sebelum ini hanya wajar apabila kesilapan dilakukan oleh pihak lain dan tidak terpakai oleh parti beliau sendiri.

Katanya lagi, sebagai sebuah sayap pemuda yang bersama- sama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan yang harmoni dan stabil pada hari ini, kami menegaskan bahawasanya teras kestabilan negara yang dibina pada hari ini adalah atas dasar toleransi dan penyatuan hati untuk melihat Malaysia yang lebih baik.

“AMK mengecam tindakan Pemuda Umno Terengganu yang menggunakan Jalur Gemilang secara tidak betul dalam salah sebuah poster yang bertajuk “Desak Hukuman Pembuli yang mempunyai hanya 12 jalur berbanding 14 daripada yang sepatutnya.

“Sebagai sayap parti yang sering melaungkan semangat patriotik, adalah amat memalukan apabila mereka sendiri gagal menunjukkan teladan yang baik dalam menghormati simbol negara.

“Lebih mengecewakan, Akmal yang sebelum ini begitu lantang bersuara apabila Jalur Gemilang dipasang terbalik dalam sebuah kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru- baru ini masih mendiamkan diri apabila kesalahan yang sama dilakukan oleh partinya sendiri,” tegas Nurhani dalam kenyataan pada Selasa.

Bidasnya, sikap membisu ini bukan sahaja mencerminkan standard ganda (double standard), tetapi juga menimbulkan persoalan tentang keikhlasan perjuangan beliau dalam mempertahankan maruah bendera negara.

“Rakyat Malaysia berhak melihat kepimpinan yang adil, telus, dan tidak memilih bulu dalam mempertahankan identiti serta maruah negara.

“Sepertimana yang diminta oleh Ketua Pemuda Umno apabila berlakunya kesalahan pemasangan jalur gemilang secara terbalik sebelum ini, kami juga ingin mendesak permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda Umno Terengganu atas kesalahan ini serta penjelasan dan pendirian Akmal Saleh selaku ketua yang mengemudi sayap pemuda Umno.

“Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara. la bukan alat politik,” selar beliau.

Sebelum itu, hantaran grafik Pemuda Umno Terengganu mempamerkan Jalur Gemilang hanya mempunyai 12 jalur, bukannya 14 seperti yang sepatutnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat