Ketua Umum Parti Golkar letak jawatan ketika dipanggil saksi rasuah

- Advertisement -

JAKARTA – Ketua Umum Parti Golongan Karya (Golkar), Airlangga Hartarto membuat pengumuman mengejut meletak jawatan semalam atas alasan mahu menjaga kestabilan politik dalam parti dan membantu melancarkan proses transisi kepimpinan kerajaan Indonesia dari Presiden Joko Widodo kepada Prabowo Subianto.

Airlangga yang merupakan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Republik Indonesia mengumumkan peletakan jawatan tersebut menerusi rakaman sebuah video yang dihantar kepada semua anggota Parti Golkar semalam.

“Setelah mempertimbangkan dan untuk menjaga keutuhan Parti Golkar dalam usaha memastikan kestabilan transisi kerajaan yang akan berlaku dalam masa terdekat, maka dengan mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim dan atas petunjuk Tuhan yang maha besar, saya dengan ini menyatakan peletakan jawatan sebagai Ketua Umum DPP Parti Golkar,” kata Airlangga.

Airlangga menjelaskan bahawa peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa sejak malam Sabtu agak mengejutkan kerana beliau telah memimpin Golkar kembali menjadi parti yang mempunyai peranan signifikan dalam politik Indonesia.

Dalam pilihan raya umum Indonesia 2024, Golkar berjaya memenangi 102 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Dari segi jumlah undi keseluruhan yang diterima Golkar berada di tempat kedua di belakang PDI Perjuangan.

Sebagai parti kedua popular, Golkar menjadi parti utama dalam memimpin kemenangan Presiden Prabowo Subianto, ketika PDIP mencalonkan Gnajar Parnowo.

Di peringkat Provinsi atau wilayah pula, Golkar menjadi parti nombor satu apabila menguasai 14 provinsi berbanding 12 oleh PDIP dari keseluruhan 38 provinsi.

Walaupun kebanyakan sumber dalaman Golkar menyatakan peletakan jawatan Airlangga adalah bertujuan membolehkan Golkar terus berkembang maju, namun sejak sebulan yang lalu telah ada usaha dalam parti untuk menyingkirkan orang nombor satu Golkar bagi menghadapi Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada 2024) pada November ini.

Ini semua bermula dengan pengumuman Kejaksaan Agung Indonesia untuk memanggil Airlangga sebagai saksi dalam kes penyelewengan permit eskport minyak gorang (minyak masak) yang dikatakan menyebabkan kerugina Rp6.47 trilion kepada Repupblik Indonesia.

Pada 24 Julai lalu, Airlangga disoal siasat oleh Kejaksaan Agung Indonesia selama 12 jam membabitkan lebih 46 jawapan.

Selepas sesi tersebut Pengarah Penyidikan Jaksa Agung Muda Bidang Tindak Pidana Khusus (Jampidsus), Kuntadi, memberitahu media mereka akan menyiasat lebih mendalam 46 jawapan yang disampaikan oleh Airlangga dalam pemeriksaan tersebut.

Malah Kuntadi tidak menolak kemungkinan memanggil lagi Airlingga. Sungguhpun setakat ini sekadar saksi, namun pengumman mengejut peletakan jawatan hanya beberapa minggu selepas disoal siasat menimbulkan kesangsian bahawa ia lebih besar dari sekadar menjadi saksi.

Kuntadi menerangkan bahawa pemeriksaan terhadap Airlangga masih dalam tahap penyidikan awal. Oleh itu, Kejaksaan Agung belum dapat menjelaskan secara terperinci mengenai dugaan keterlibatan Airlangga dalam kes rasuah izin eksport CPO itu. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat