Mangsa banjir Melaka dapat bantuan segera RM300

- Advertisement -

MELAKA – Kerajaan Melaka akan menyalurkan bantuan segera RM300 kepada setiap keluarga mangsa banjir di Masjid Tanah, Alor Gajah.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh berkata bantuan wang tunai akan disalurkan kepada mangsa yang mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan terjejas justeru menyeru mereka yang terlibat untuk segera membuat pendaftaran.

“Saya minta semua mangsa banjir yang terjejas agar bertenang dan bersabar. Kerajaan negeri akan terus berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah banjir di Masjid Tanah.

Saya dan keluarga serta seluruh pentadbiran kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Kita berusaha untuk memastikan suatu kaedah baharu agar dapat menyelesaikan masalah banjir yang berlaku di kawasan Masjid Tanah dan Melaka secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sebanyak 248 mangsa daripada 14 kawasan terjejas banjir di Masjid Tanah dipindahkan ke lima PPS sejak petang tadi berikutan hujan lebat berterusan yang melanda pada sebelah pagi. BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat