- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan kerajaan akan melakukan rombakan Kabinet seperti dilaporkan sebuah berita hari ini.
“Saya baharu diberitahu, tidak dengar lagi siapa yang hendak tolong reshuffle (rombak)…saya tidak dengar.
“Dari mana dengar..jangan percaya dong” katanya kepada pemberita, hari ini, memetik Berita Harian.
Ketika ditanya dakwaan seorang menteri besar akan dilantik dalam Kabinet, beliau bagaimanapun, berkata perkara itu mungkin direalisasikan selepas pilihan raya umum (PRU).