PM Terima Kunjungan Timbalan Perdana Menteri Qatar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, di pejabat beliau di Putrajaya.

Perdana Menteri berkata, pertemuan tersebut susulan daripada lawatan rasmi pertamanya ke Qatar pada Mac lalu.

“Saya juga percaya Malaysia dan Qatar mampu membangunkan strategi sekuriti makanan seperti kerjasama antara Baladna Food Industries dan FGV Holdings dalam pembangunan ladang lembu tenusu di Chuping, Perlis dan juga di Pahang tidak lama lagi.

“Malaysia menyambut baik potensi kerjasama dengan Qatar dalam bahagian tenaga, minyak dan gas serta sektor perumahan juga pembangunan infrastruktur,” kata Ismail Sabri menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan atas sumbangan Dana Qatar untuk Pembangunan (QFFD) bernilai AS$50 juta untuk kebajikan pelarian Rohingya di Malaysia, terutamanya dalam bidang kesihatan dan pendidikan.

“Saya turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Qatar yang akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Piala Dunia 2022.

“Perbincangan yang diadakan hari ini diharap mampu meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan merangka hala tuju mengenai pelbagai isu kepentingan bersama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat