PBM Tetap Sokong Kerajaan Jika Permohonan Sertai BN Ditolak

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Parti Bangsa Malaysia (PBM) tetap menyokong kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya permohonan parti itu menyertai Barisan Nasional (BN) ditolak.

Naib Presiden Kanan PBM, Steven Choong Shiau Yoon berkata buat masa kini partinya masih lagi menunggu keputusan mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadual diadakan pada minggu hadapan.

Beliau berharap mesyuarat itu kelak akan memberikan jawapan positif terhadap permohonan PBM menyertai BN bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sekiranya diterima, perjuangan akan diteruskan walaupun sukar kerana sebagai parti kecil kita akan kurang dana untuk bergerak,tetapi kita usaha juga. Itu suatu realiti dalam politik. Kita sudah ambil kira semua ini.

“Tetapi jika ditolak, kita juga perlu terima kerana perjuangan perlu diselesaikan. Namun kita tidak akan tarik sokongan dan kekal menyokong kerajaan kerana di peringkat pusat merupakan kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya ketika ditemui di Bandar Dato Onn di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Tebrau itu menambah PBM yang merupakan parti berbilang kaum itu mampu menggantikan peranan yang ditinggalkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Pada Selasa lalu, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata keputusan permohonan PBM untuk sertai BN akan diketahui selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada minggu hadapan.

Katanya, keputusan mengenainya mesti dibuat secara konsensus membabitkan semua pihak atau parti komponen dalam BN.

Media sebelum ini melaporkan PBM menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN bagi menyertai gabungan itu dalam menghadapi PRU15. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat