Usaha jatuhkan PM berjaya jika ahli Parlimen tak sokong usul,” kata Tajuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hanya Dewan Rakyat menentukan sama ada langkah Majlis Tertingi (MT) UMNO yang memutuskan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri berjaya atau hanya sia-sia.

Memetik Utusan Online, Pengarah pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana usaha menjatuhkan Perdana Menteri akan berjaya sekiranya ahli Parlimen tidak menyokong kerajaan pada usul yang dibangkitkan.

“Sekarang ini, MT ada dua keputusan. Pertama, tarik diri sokong Perdana Menteri. Kedua, bagi kebebasan kepada ahli Parlimen untuk menentukan, nak sokong atau tidak sokong Perdana Menteri apabila Parlimen bersidang.

“Kalau ada undi percaya tidak percaya, ahli Parlimen bebas buat pendirian mereka. Sama ada keputusan MT itu akan mencapai matlamatnya, kena tunggu persidangan Parlimen. Mereka tak boleh salahkan saya sebab kebebasan dah diberi, kita ada pendirian kita,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidii berkata, MT membuat keputusan menamatkan serta merta sokongan yang diberikan oleh parti itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Perdana Menteri.

Beliau berkata, tindakan itu diambil sebagai memenuhi mandat sebulat suara yang diberikan oleh perwakilan Perhimounan Agung UMNO (PAU) 2020.

Tambah Ahmad Zahid, langkah itu juga diambil selepas MT mendapati kerajaan PN diketuai Muhyiddin gagal memenuhi aspirasi rakyat seperti disenaraikan oleh UMNO ketika memberi sokongannya pada tahun lalu.

Susulan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, semua ahli Parlimen perlu menjadikan keputusan MT sebagai sandaran dalam membuat keputusan di Dewan Rakyat meskipun telah diberi kebebasan sama ada ingin menyokong usul yang dibangkitkan kerajaan atau tidak.

Bagaimanapun, kenyataan itu diselar Tajuddin kerana tegasnya, setiap ahli Parlimen mempunyai pendirian masing-masing yang tidak perlu dicatur mana-mana pihak walaupun terikat pada keputusan MT UMNO.

“Buat sementara ini kita masih lagi dalam kerajaan. Kita ikut keputusan PAU pun, kita boleh berada dalam PN. Kalau menteri, timbalannya terus berada dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan, jangan marah diorang. Kalau masih lagi dalam kerajaan, itu bermakna mereka berpegang kepada keputusan PAU. Tapi ada yang desak supaya menteri, timbalan letak jawatan. Apa desak-desak?

“Ahmad Maslan suruh ahli Parlimen ikut keputusan MT, Saya ahli Parlimen, saya tahu lah nak ikut macam mana. Apa? Ahli Parlimen ni bodohkah tidak reti nak jaga parti? Nak ikut keputusan parti? Kita tahulah. Bagi saya, ramai ahli Parlimen tahu keputusan PAU YANG mana kita mesti tarik diri apabila Parlimen dibubarkan. Selagi tak dibubar, tak ada keputusan yang memaksa,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas mengenai kenyataan ahli MT lain yang menyatakan sekarang masanya UMNO perlu mentadbir negara kerana khuatir parti itu akan rugi apabila kes Covid-19 mulai menurun.

“Kalau orang yang baik, kalau berbudi pada rakyat, rakyat pasti tahu siapa yang berbudi. Rakyat tahu menilai dan hargainya. Tak payah nak dabik dada kita buat itu kita buat ini. Ini yang ditakutkan, kerajaan akan dapat nama, UMNO yang rugi.

“Saya tidak bersetuju pada pandangan yang sempit dan cetek ini. Cakap mesti datang dari hati yang baik. Jangan main politik sampai gadaikan maruah kita, sejauh mana keyakinan UMNO kalau mentadbir, boleh selesaikan kes Covid-19? Jangan cakap besar, ini kerja tuhan.

“Jangan ingat bila kita ambil alih, kita mampu mengatasinya, jangan takbur sangat, kita selalu cakap kerajaan gagal, tapi diri sendiri gagal tu tidak sedar pula?” soalnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat