Vaksin Covid-19: China Luluskan Vaksin Sinopharm, Sinovac Untuk Kanak-Kanak

BEIJING: Puluhan juta kanak-kanak di China akan diberikan suntikan vaksin selari dengan sasarannya untuk memvaksinasi 80 peratus populasinya menjelang akhir tahun ini.

Perkara tersebut disahkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China selepas fasa kedua ujian klinikal terhadap dua vaksin buatan negara itu, Sinopharm dan Sinovac kepada kanak-kanak berusia antara tiga hingga 17 tahun.

Menurut pakar pusat berkenaan, Shao Yiming, vaksin yang diuji terbukti selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak.

“Ujian klinikal membuktikan vaksin COVID-19 ini selamat untuk digunakan pada mereka yang berusia antara tiga hingga 17 tahun.
“Keputusan menunjukkan mereka yang disuntik mempunyai keupayaan untuk menghasilkan antobodi,” katanya.

Jelas Yiming lagi dengan penularan pandemik COVID-19 secara domestik, vaksin Sinopharm dan Sinovac akan diberikan kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun apabila perlu.

Namun, tarikh untuk mula edarkan vaksin kepada kanak-kanak masih belum diumumkan.

Untuk rekod, China mempunyai populasi 1.4 bilion dan perlu melakukan proses inokulasi kepada 560 juta rakyatnya untuk melepasi sasaran 40 peratus menjelang akhir Jun.

Manakala 1.12 bilion perlu divaksinasi untuk mencapai 80 peratus populasinya.

– Astro Awanni

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

Krisis Myanmar: Lebih 230,000 Penduduk Hilang Tempat Tinggal

LEBIH 230,000 rakyat Myanmar hilang tempat tinggal susulan pertempuran dan keganasan di negara itu sejak Februari lepas. Menurut Pejabat PBB Untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan...

800kg Najis Lembu Bernilai RM89 Dicuri, Polis India Ikrar Buru Pencuri

CHHATTISGARH – Polis India memburu sekumpulan pencuri najis lembu yang melarikan lebih 800 kilogram (kg) bahan buangan tersebut dari sebuah perkampungan di negeri Chhattisgarh...

COVID-19: Indonesia Cecah Kes Harian Lebih 15,000 Seperti Diramal

JAKARTA: Seperti diramal pakar kesihatan, kes harian Indonesia kini melepasi angka 15,000. Ia selepas negara terbesar Asia Tenggara itu merekodkan pertambahan 15,308 kes pada Rabu,...