Rakyat Sudah Letih Dengan Polemik Politik, Dapatan Kajian Terbaharu Ilham Centre

KUALA LUMPUR: Rakyat sudah letih dengan polemik politik negara yang tidak sudah-sudah meskipun dalam keadaan negara berdepan krisis kesihatan berperang dengan pandemik COVID-19.

Begitu secara amnya dapatan kajian terbaharu Ilham Centre yang dijalankan pada awal April tempoh hari, kata Pegawai Eksekutifnya, Hisomuddin Bakar.

Ia dapat dilihat dan dirasakan sendiri apabila episod sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak beberapa hari lalu tidak menjadi satu bualan hangat rakyat.

Tidak seperti ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018 dan awal 2020 tempoh hari ketika berlaku pertukaran kerajaan.

“Ia beri gambaran bahawa sebenarnya di peringkat akar umbi rakyat jelata seakan sudah meluas jurang antara mereka dengan orang politik.

“Ini kerana dalam situasi berdepan masalah melibatkan ekonomi dan ‘survival’ mereka dalam kehidupan, tetapi orang politik masih lagi berpolemik dan membincangkan untuk mendapatkan kuasa,” ujarnya.

Kata Hisomuddin lagi, sentimen kejadian beberapa hari ini lebih menjurus kepada penantian bagaimana Istana Negara akan hadir dengan satu formula untuk menyelesaikan masalah rakyat terutamanya daripada Sidang Khas Raja-Raja Melayu yang bakal dilangsungkan pada 16 Jun nanti.

“Jadi kebergantungan itu sebenarnya sudah beralih kepada Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk rakyat mengadu nasib,” lanjutnya.

Maka situasi ini sepatutnya dipandang serius oleh setiap pemain politik di negara ini untuk kembali mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat dengan langkah yang lebih bijak.

Jika tidak, tegas Hisomuddin, mereka akan berdepan masalah besar menjelang waktu untuk mereka meraih sokongan para pengundi menghadapi PRU yang akan datang.

– Astro Awani

Advertisment

Topik Hangat

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

Istana Negara Turunkan Poster?

KUALA LUMPUR - Istana Negara telah menurunkan poster yang memaparkan gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Parlimen perlu diadakan...

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Berita Berkaitan

Jangan Terpengaruh Jualan Vaksin Covid-19 Di Pasaran atau Talian – KKM

CYBERJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan iklan penjualan vaksin Covid-19 di pasaran atau dalam...

Tiga Lokaliti Di Sabah, Kelantan Dikenakan PKPD Bermula Ahad Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Tiga lokaliti, masing-masing dua di Sabah dan satu di Kelantan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Ahad ini...

Pahang Terima Tambahan 440,000 Dos Vaksin – MB Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kerajaan negeri Pahang akan menerima tambahan vaksin sebanyak 440,000 dos pada Julai depan. Katanya,...