‘Skala Gred SPM’ Yang Tular Bukan Milik Lembaga Peperiksaan – KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan “Skala Gred SPM’ seperti yang telah tular di media sosial baru-baru ini adalah milik Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidkan Malaysia.

Penafian dari KPM ini berikutan hantaran di akaun Facebook milik MamaMia pada 11 Jun 2021 mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A.” dan “#bilasekolahdipolitikkan” yang kini sedang tular.

“Adalah ditegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, (LP) KPM. ‘Skala Gred SPM’ tersebut menggambarkan seolah-olah ianya gred permarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam, 11 Jun 2021 serta laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut.” kata kenyataan tersebut. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat