‘Tiada Lombong Baru’ Dalam Kawasan Rizab Tasik Chini – Fadzli

KUANTAN: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal membidas pihak-pihak tertentu yang mensensasikan isu perlombongan di Tasik Chini sepertimana telah tular di media sosial baru-baru ini.

Sebenarnya tiada lombong baru dalam kawasan Rizab Tasik Chini tersebut dan aktiviti perlombongan itu telah wujud sekian lama iaitu semenjak zaman British lagi, tegas beliau.

Ia selari dengan kenyataan Kerajaan Negeri Pahang pada 4 September 2019 yang menyatakan bahawa ‘tiada kelulusan permohonan pajakan melombong baharu akan diberikan di Tasik Chini”.

“Ketika ini tular isu perlombongan di Tasik Chini. Isu ini menjadi kontroversi lantaran cerita separuh masak yang ditokok tambah di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan dan keresahan awam.

“Justeru, saya terpanggil untuk berkongsi fakta serta cerita sebenar berhubung isu ini.

“Sebetulnya, aktiviti perlombongan di Tasik Chini telah wujud sekian lama iaitu sejak zaman British lagi,” katanya di Facebook.

Ujarnya beliau, pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Pahang telah mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di sekitar Tasik Chini sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi memastikan kawasan hutan tersebut dipelihara dan diuruskan dengan baik selari dengan Dasar Perhutanan Negara.

Malah, bagi memastikan kelestarian alam sekitar Tasik Chini, Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju agar ‘tiada kelulusan baru’ untuk melombong di kawasan terbabit.

“Sebelum ini, terdapat 6 lombong beroperasi di Tasik Chini. Namun, sekarang hanya tinggal 1 lombong sahaja. Bukan kah ini bermaksud keadaan di Tasik Chini sudah bertambah baik dari sebelumnya?

“Walau bagaimanapun, perlu diketahui, kawasan lombong sedia ada tidak termasuk dalam Hutan Simpanan Kekal. Ini kerana kawasan tersebut telahpun diluluskan terlebih dahulu untuk aktiviti perlombongan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, operasi perlombongan ini telah dikenakan syarat-syarat tambahan yang ketat bagi memastikan tiada pencemaran daripada aktiviti tersebut.

“Dalam soal ini, aktiviti perlombongan hanya akan dibenarkan setelah Laporan EIA disediakan oleh operator. Pendek kata, semua syarat perlu dipatuhi dengan pemantauan yang ketat dan berterusan daripada Jabatan yang berkaitan.

“Pada 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan Projek Tanam Semula berjumlah RM250,000 bagi menanam semula pokok tutup bumi di bekas lombong. Ini bermakna, kawasan lombong tersebut akan dipulihkan selepas operasinya tamat. Malah, pemilik lombong juga diminta menyediakan ruang penampan (buffer zone) dalam jarak 100 meter dari gigi air. Kawasan penampan ini juga ditanam dengan tanaman hutan,” ulas beliau lagi.

Agensi-agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar, dan Jabatan Perhutanan akan terus membuat pemantauan bagi memastikan tiada pencemaran daripada aktiviti perlombongan di Tasik Chini.

Kualiti air di Tasik Chini juga sentiasa dipantau dengan lebih 15 buah stesen pemantau kualiti air di sekitar tasik, katanya. –SuaraTV

Khabar Pahang: Kawasan lebih 4,000 hektar sekitar Tasik Chini sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) sejak 13 Mac 2019 lagi

Pemulihan Tasik Chini dalam perancangan kerajaan Pahang | Berita Harian (bharian.com.my)

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

Polis Terima Laporan Surat Palsu Hishammuddin Tawar Jadi PM

KUALA LUMPUR: Polis menerima laporan berhubung surat yang mengaitkan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang kononnya menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong...

Demi Rakyat, Tok Pa Dan Kian Ming Sedia ‘Minum Kopi’ Bersama

KUALA LUMPUR: Sudah berapa lama kita rakyat mendambakan politik yang harmoni di mana kerajaan dan pembangkang saling berganding bahu membina negara yang kukuh dan...

Agensi Penguatkuasa Tidak Perlu Waran Periksa Sektor Perkilangan – Hamzah

KUALA LUMPUR - Agensi penguatkuasa tidak memerlukan sebarang waran bagi memeriksa dan menyerbu sektor perkilangan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan...