Warisan Dan Pas Nafi Bentuk Kerjasama Sokong Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Parti Warisan (Warisan) menafikan ada membuat kenyataan bersama Pas menyokong Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai calon perdana menteri yang baharu.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr menafikan kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai fitnah dan akan membuat laporan polis mengenainya.

Kenyataan yang tular itu turut memalsukan tandatangannya dan juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Saya menyangkal sekeras-kerasnya isi kandungan kenyataan media Pas bertarikh 11 Jun 2021 tersebut yang mana saya sama sekali tidak pernah sama ada bagi pihak Warisan mahupun atas kapasiti peribadi untuk mempersetujui atau menandatangani apa-apa persetujuan muafakat bersama Pas untuk menyokong mana-mana individu sebagai Perdana Menteri. Warisan tidak pernah terlibat dengan Kenyataan Media itu.

“Perbuatan seperti ini adalah tindakan orang-orang yang kemaruk kuasa sehingga sanggup memfitnah dan memalsukan tandatangan saya.

“Saya akan membuat laporan polis selepas berbincang dengan peguam saya berkenaan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Pas turut menafikan mempunyai sebarang kerjasama dua pihak dengan Warisan bagi memberi sokongan kepada Hishammuddin.
Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan surat yang tular di beberapa platform media sosial adalah palsu.

“Saya menafikan kenyataan tersebut dan ia telah mendapat pengesahan bahawa maklumat tersebut adalah palsu,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Terdahulu, tular satu kenyataan media menggunakan lambang Pas yang ditandatangani bersama Loretto dan Takiyuddin.

Kandungan kenyataan tersebut antara lain kononnya kedua-dua parti bersepakat untuk menyokong Hishammuddin sebagai perdana menteri.
Ia kononnya bagi menyelamatkan negara daripada terus berada dalam krisis kesihatan akibat COVID-19.

– Astro Awani

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

Demi Rakyat, Tok Pa Dan Kian Ming Sedia ‘Minum Kopi’ Bersama

KUALA LUMPUR: Sudah berapa lama kita rakyat mendambakan politik yang harmoni di mana kerajaan dan pembangkang saling berganding bahu membina negara yang kukuh dan...

PM Harap Lebih Banyak GLC dan NGO Bantu Jayakan PICK

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut serta memberi...

Sultan Nazrin Perkenan Pelaksanaan Ibadah Korban Semasa PKP Dengan Syarat

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan. Pengarah...