‘Kenapa susah sangat nak tolong promosi?’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Andai pelakon lain ‘berkira’ memuat naik perkongsian kerja seni seperti produk lakonan, aktres, Jasmin Hamid, 47, yang mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam dunia seni, tidak pernah lokek membantu penerbit mempromosikan drama lakonan.

Selama bertapak dalam dunia seni, Jasmin dikenali sebagai artis yang menjaga privasi dan tidak gemar berkongsi perkara remeh termasuk kisah peribadi terutama pada era media sosial sekarang.

Terbaharu, Jasmin yang terus menjadi buruan penerbit, aktif mempromosikan drama Cukup Derita Itu dan Derita Untuk Bahagia yang dilakonkannya.

“Kenapa ada yang pertikai tindakan saya berkongsi video promosi drama lakonan? Salahkah saya mempromosikan drama yang dilakonkan termasuk entri semasa di Instagram (IG)?

“Saya bangga berbuat begitu. Kalau ada yang anggap tindakan itu ‘mengotorkan’ akaun IG, itu bukan masalah saya. Barangkali masalah anda yang bersikap negatif.

“Tidak suka apa yang saya buat, sila ‘unfollow’… Saya tidak ada hak menghalangnya,” katanya kepada BH Online.

Jasmin yang mencipta nama dengan filem Boss dan Kanta Serigala mengulas sikap segelintir individu yang mempersoalkan tindakannya mempromosikan drama lakonan termasuk isu semasa di IG.

Ada pengikutnya mendakwa tindakan itu merosakkan kandungan entri atau muat naik yang dikongsi di laman sosial berkenaan.

Jasmin sedar ada segelintir pelakon seolah-olah ‘berkira’ hendak mempromosikan drama lakonan dalam media sosial.

“Saya tidak begitu,” katanya.

 

Jasmin Hamid aktif mempromosikan drama Cukup Derita Itu yang dibintangi bersama Ruhainies dan Chacha Maembong. - Foto IG Jasmin Hamid
Jasmin Hamid aktif mempromosikan drama Cukup Derita Itu yang dibintangi bersama Ruhainies dan Chacha Maembong. – Foto IG Jasmin Hamid

 

Tegas pelakon yang dibenci menerusi keberkesanan menghidupkan watak antagonis, Mak Ngah dalam drama Cukup Derita Itu, apa yang dilakukan adalah demi menghargai peminat.

“Biarpun pengikut di IG tidak sampai sejuta orang, saya teguh berdiri atas sokongan dan penghargaan mereka. Jadi, dengan cara saya berkongsi produk lakonan menjadi bukti survival saya masih relevan.

“Saya fikir tidak luak berkongsi perkara itu di laman sosial. Saya sedar ada artis yang menjaga kandungan dan hak eksklusif mereka… Itu hak mereka,” katanya.

Jasmin berkata, dia hanya mahu memudahkan kerja stesen televisyen (TV) dan syarikat produksi dalam mempromosikan drama.

“Apalah sangat hendak promosi perkara di hujung jari? Foto, video dan kapsyen disediakan, tunggu muat naik sahaja ke laman sosial,” katanya.

Jasmin berkata, artis antarabangsa yang memiliki jutaan pengikut tidak lokek mempromosikan drama dan filem lakonan mereka.

“Inikan saya ibarat celah gigi mereka. Jadi, tidak perlulah hendak mendabik dada dengan kemasyhuran yang Tuhan pinjamkan ini.

“Apabila masa, Tuhan boleh tarik nikmat itu. Tidak selamanya kita akan berada di atas. Bersyukur dengan rezeki dan nikmat diberi.

“Kita mudahkan kerja orang, Insya-Allah Tuhan akan mempermudahkan perjalanan diri sendiri,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat