Tahniah mahasiswa, sedar Kerajaan Madani tak layak pimpin negara – Pas

KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari memuji tekad dan keberanian lapan pemimpin Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yang mengumumkan telah keluar dari parti PKR selepas menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.

“Tahniah Mahasiswa! Anak-anak muda yang cerdik sudah tahu betapa Kerajaan Madani tidak layak memimpin negara,” puji Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Fadhli berkata demikian mengulas tindakan lapan pemimpin majlis pimpinan pusat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengumumkan telah keluar dari parti PKR selepas menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan presiden parti selaku perdana menteri.

Pengerusinya Ram Erfan Zur Nuqman mengesahkan perkara itu pada satu sidang media di Petaling Jaya, malam tadi.

“Kami menolak budaya mempertahankan parti secara membuta tuli ketika prinsip perjuangan semakin ditinggalkan.

“Sehubungan itu, sebanyak lapan ahli majlis pimpinan pusat MKM mengumumkan keluar daripada parti,” katanya menurut Malaysiakini.

Selain Ram Erfan, timbalan pengerusi R Paarveen, naib pengerusi II Ismail Hakim, setiausaha kerja Muhammad Zuhair Hazman Zohari, setiausaha kerja II Khairunnabiha Baharin, bendahari Emy Azariena, ketua penerangan Muhammad Luqman Hakim Mohd Kamal dan ketua biro seni, budaya & sukan Muhammad Danish Fitri Mohd Razi turut umum keluar parti.

Sementara, naib pengerusi III, Saw Zi Xuan pula meletak jawatan dalam majlis pimpinan pusat MKM namun kekal dalam parti.

Katanya, selaras dengan Fasal 13.3 Perlembagaan Mahasiswa Keadilan Malaysia, apabila lebih daripada satu pertiga Ahli Majlis Pimpinan Pusat MKM meletakkan jawatan, maka kepimpinan sayap siswa PKR itu terbubar dengan sendirinya.

“Dengan itu, majlis pimpinan pusat MKM terbubar secara rasmi.

“Pemilihan yang baru perlu dilaksanakan melalui Mesyuarat Agung Khas MKM,” katanya.

Mengulas lanjut, Ram Erfan berkata bahawa PKR hari ini bukan lagi parti reformasi yang pernah diyakini oleh anak muda.

Dia menyenaraikan enam perkara sebagai punca hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar.

“Parti yang dahulu melaungkan perjuangan melawan salah guna kuasa, ketelusan dan kebebasan institusi kini dilihat semakin jauh daripada prinsip tersebut.

“Mungkin ada yang mengatakan bahawa ini adalah tembakan sembarangan. Apakah isu-isu spesifik yang kalian nyatakan bahawa kalian tidak boleh berstruktur dalam kerajaan ini?

“Jadi, kita nyatakan kegagalan kerajaan pada umum ini. Saya dan anggota saya rasakan ini antara garis merah yang menyebabkan kita tidak lagi boleh mengkritik kerajaan dengan menjaga dan membaik pulihnya,” katanya.

Antara perkara yang didakwa sebagai kegagalannya adalah isu mafia korporat, dakwaan seorang ahli parlimen PKR menerima RM9.5 juta daripada seorang ahli peniagaan, isu saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, tekanan ke atas pihak yang kritikal terhadap kerajaan, kegagalan dalam kebebasan media dan pertikaian dalam pemilihan parti.

“Dari awal lagi, PKR dan Anwar masih gagal untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan di sini.

“Kita bayangkan bahawa masalah ini akan terus ada sekiranya tiada gerakan yang mendesak kepimpinan PKR untuk berbuat sesuatu.

“Jadi, berdasarkan enam sebab ini kami hari ini hilang kepercayaan kepada Anwar,” katanya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat