Berat tugas pengganti Azam Baki, pulihkan integriti SPRM, buktikan bukan senjata politik

KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Halim Aman yang bakal menggantikan posisi Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 13 Mei ini bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki dipercayai bakal menggalas tugas yang amat berat.

Menurut Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid, tugas utama ketua SPRM yang baharu kini amat berat untuk memulihkan integriti SPRM, menegakkan kedaulatan undang-undang(rule of law) dan membuktikan kepada rakyat bahawa SPRM tidak lagi disalah guna sebagai senjata politik.

“Persaraan bukan titik noktah. Persoalan besar yang melanda SPRM sepanjang pimpinan Azam Baki masih belum terjawab.

“Tidak boleh dinafikan bahawa kita semua melihat kejatuhan ketara tahap keyakinan awam terhadap SPRM.

“Isu pemilikan saham. Apa telah jadi? Dakwaan taktik mafia korporat. Apa telah jadi? Pendakwaan terpilih. Ini juga masih berlegar.

“Notis Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009 yang disasar sebagai senjata terhadap musuh politik. Sidang-sidang media yang acap kali dituju pada mereka yang ada masalah/lawan dengan kerajaan,” katanya yang juga pengamal undang-undang itu dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Kata Rafique lagi, nama yang sering timbul tapi seolah kebal, Farhash Wafa Salvador.Masih tiada jawapan juga.

“Akauntabiliti tidak hilang dengan persaraan. Kes-kes yang masih tergantung dan belum diselesaikan perlu diteruskan tanpa perlindungan politik.

“Kalau sudah bersara, jangan pula cuba “corakkan” SPRM dari luar. Undur cara terhormat.

“Bersaralah dengan membersih nama sendiri. Pada hari terakhir isilah borang Seksyen 36(1) Akta SPRM dan biar disiasat secara telus,” katanya dituju kepada Azam Baki.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat