Rakyat Kelantan berhak dapat bekalan air bersih – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Masalah bekalan air bersih di Kelantan nampaknya tidak pernah selesai malah pemimpin PAS yang mentadbir negeri itu berterusan memberikan alasan tetapi tidak pula mengemukakan solusi kepada isu tersebut.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah yang menyatakan sumber air bawah tanah dan atas permukaan bumi terlalu banyak di negeri itu sehingga melebihi keperluan sedia ada.

“Saya fikir, Kerajaan Negeri Kelantan bukan lagi sebuah kerajaan yang baru mentadbir negeri itu. Nak kata negeri Pembangkang, dah jadi sebahagian dari Kerajaan Pusat dah.

“Menteri Alam Sekitar dan Air pun adalah Menteri PAS.

“Jadi tak perlu banyak alasan sebegini sebab yang menanggung susah dan masalah air ini adalah rakyat Kelantan juga,” bidas beliau.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menegaskan “jangan abaikan mereka sampai berpuluh-puluh tahun begini. Bekalan air bersih adalah hak untuk semua rakyat Malaysia termasuklah rakyat di Kelantan”.

Menurut beliau, masalah air di negeri Kelantan ini dah lebih 30 tahun. PAS dah memerintah Kelantan pun dah lama – sejak tahun 1990.

“Maksudnya, dah 3 dekad negeri Kelantan berhadapan dengan masalah bekalan air bersih.

“Tapi dalam tempoh masa yang sangat panjang ini – terlalu banyak alasan dan jawapan yang tidak memuaskan berkenaan isu air di Kelantan ni,” katanya.

Ujarnya, antara alasan yang selalu disebut ialah UMNO punca masalah bekalan air di Kelantan; Isu air Kelantan bukan sebab pemimpin PAS cuai dan kerajaan pusat tak bantu Kelantan selesai isu air.

“Paling terbaru – dikatakan air di Kelantan ni melebihi keperluan dan tak ada tempat nak simpan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Amar memberitahu di Kelantan tiada tempat simpanan air yang sesuai sehinggakan sumber air yang ada di bumi negeri itu tidak dapat dimanfaatkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat