Adham Baba Tuntut RM30 Juta, Permohonan Maaf Dari C4

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta dan permohonan maaf daripada Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Tuntutan itu dibuat oleh Peguam Mohammed Nasser Yusof menerusi satu surat tuntutan yang turut menuntut C4 menyiarkan permohonan maaf di laman web, media sosial, serta menerusi sidang media dalam masa tujuh hari bermula hari ini, berhubung kenyataan yang disifatkan sebagai fitnah.

Tuntutan tersebut dibuat selepas organisasi bukan kerajaan (NGO) itu menggesa agar Adham Baba memberikan penjelasan mengenai beberapa kontrak yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, usaha peguam tersebut untuk menghantar surat tuntutan itu secara serahan tangan tidak berjaya kerana pejabat C4 di Petaling Jaya didapati tutup.

Susulan itu, Nasser kemudiannya memaklumkan akan menghantar surat tuntutan berkenaan ke alamat pejabat berdaftar C4 yang lain, di Brickfields dan Gombak.

C4 mendakwa antara syarikat yang menerima kontrak daripada KKM ialah Khazanah Jaya Sdn Bhd (KJSB).

NGO itu mendakwa dua anggota lembaga pengarah syarikat itu turut berada dalam lembaga pengarah sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian klinik Adham.

Pada 5 Mei lalu, sumber SPRM dipetik Bernama sebagai berkata, badan antirasuah itu sedang menyiasat kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan pemerolehan peralatan untuk menangani Covid-19 yang diberikan melalui rundingan secara terus.

Menurut laporan itu, sekurang-kurangnya lima kontraktor dipanggil SPRM untuk membantu siasatan melibatkan kontrak yang dipercayai bernilai sekurang-kurangnya RM30 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat