PM Umum Peruntukan RM4 Juta Untuk Penganut Sikh

PETALING JAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan peruntukan RM4 juta untuk penganut agama Sikh tahun ini bagi memperkukuh komuniti itu di negara ini.

Beliau berkata, sebagai kerajaan yang berpegang kepada prinsip prihatin dan keterangkuman masyarakat, kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited untuk terus memperkukuh semua komuniti di Malaysia.

Semasa mengumumkan perkara itu, beliau berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM3 juta disalurkan untuk kegunaan 120 gurdwara atau tempat ibadat penganut agama itu di seluruh negara, manakala dana RM1 juta khusus diperuntukkan untuk penubuhan sebuah pusat Sikh yang pertama di negara ini.

“Ini satu usaha untuk sama-sama menunjukkan bahawa di Malaysia ini tidak kira siapa, bebas mengamalkan agama, budaya dan bahasa sendiri,” katanya dalam ucapan pada Majlis Hi Tea sempena sambutan Hari Vaisakhi di sini pada Isnin.

Tahun lepas, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.18 juta kepada gurdwara di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata selaras dengan objektif Dasar Perpaduan Negara, institusi keagamaan seperti gurdwara memainkan peranan penting sebagai ejen perpaduan negara untuk menyatupadukan masyarakat setempat di komuniti masing-masing.

Beliau berkata pemimpin di gurdwara juga harus memainkan peranan yang lebih proaktif bersama pemimpin komuniti tempatan untuk membantu penduduk khususnya di kawasan luar bandar bagi mendaftar untuk pengambilan vaksin Covid-19.

Muhyiddin berkata, kerajaan menghargai sumbangan besar komuniti Sikh di Malaysia dalam pembangunan negara merentasi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan pendidikan.

“Perayaan Hari Vaisakhi ini adalah masa untuk meraikan sumbangan penting penganut agama Sikh kepada negara kita, dan untuk mengenali tradisi dan ajaran agama Sikh yang kaya tentang perpaduan, nilai-nilai murni kekeluargaan dan keadilan sosial,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sambutan Hari Vaisakhi pada 14 April ini juga merupakan lambang kepelbagaian yang diraikan oleh masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Muhyiddin menegaskan dasar kerajaan PN adalah berteraskan kepada prinsip saling menghormati, keterangkuman dan keadilan.

“Justeru, amat penting untuk kita semua saling mengenali dan cuba untuk memahami keunikan budaya dan sejarah antara satu sama lain,” katanya.

Muhyiddin berkata prinsip dan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni meskipun Islam adalah agama persekutuan. Hadir sama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Presiden Majlis Gurdwara Malaysia Jagir Singh. – Bernama

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...