Agong Seru Umat Islam Ambil Keberkatan Ramadan, Teguhkan Ketakwaan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyeru seluruh umat Islam di negara ini untuk mengaut keberkatan di bulan Ramadan, bagi meneguhkan lagi ketakwaan serta memperbanyakkan amalan soleh.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka bertitah supaya umat Islam mengimarahkan bulan mulia ini dengan pelbagai pengisian bermakna, dan menggandakan ibadah serta memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa, kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

“Semoga kehadiran bulan yang mulia ini, turut disambut dengan rasa insaf dan syukur atas ujian, rahmat, serta nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita,” menurutnya dalam kenyataan Istana Negara hari ini.

Ahmad Fadil berkata, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pemulihan, Seri Paduka bertitah supaya penganjuran majlis-majlis di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan perintah-perintah yang ditetapkan kerajaan.

Al-Sultan Abdullah turut menasihati umat Islam, khususnya petugas di barisan hadapan, supaya terus tabah menjalani ibadah puasa di dalam suasana dan tatacara kebiasaan baharu, untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.

Ahmad Fadil berkata, umat Islam negara ini turut dinasihati supaya terus cekal mengharungi ujian ini dan berdisiplin dalam kawalan kendiri serta mematuhi SOP.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menyeru seluruh umat Islam, untuk mengambil keberkatan Ramadan bagi bersama-sama Baginda berdua, mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati serta wabak COVID-19 dapat dibendung dan diakhiri dengan segera,” katanya. – Bernama

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...