PM nasihat 3 DJ Era jadi ejen perpaduan bantu Kerajaan Madani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan nasihat kepada tiga penyampai radio Era FM supaya membantu Kerajaan Madani menjadi ejen perpaduan selain menoktahkan kontroversi yang terpalit sebelum ini.

“Jadi ejen perpaduan, fokus kepada Ramadan, itu mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri kepada tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir yang terkait isu sensitif baru-baru ini.

“Malam ini meraikan rakan-rakan pengamal media daripada pelbagai agensi ketika Majlis Berbuka Puasa Madani di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

“Saya turut sampaikan nasihat kepada tiga penyampai radio Era FM dan meminta mereka membantu Kerajaan Madani menjadi di ejen perpaduan selain menoktahkan isu yang berlaku sebelum ini.

“Saya percaya media punyai peranan penting dalam mengangkat martabat dan nama negara ke tahap lebih tinggi.

“Terima kasih kepada rakan-rakan serta pelbagai pihak yang bekerjasama menjayakan majlis pada malam ini,” kata Anwar.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada pengamal media yang uzur dan dihimpit pelbagai kesulitan.

“Saya juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama rakan-rakan lama, wartawan dan pengurusan tertinggi dalam pelbagai agensi media cetak, dalam talian, televisyen dan radio sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah,” katanya.

Sementara itu, Nabil berkata, ketiga-tiga mereka amat berbesar hati dengan nasihat dan harapan yang disampaikan Perdana Menteri itu, dan bertekad untuk merealisasikan harapan tersebut.

“Kita ucap terima kasih banyak pada Datuk Seri Perdana Menteri kerana kesudian menjemput kami bertiga, dan bos kami (Priya Dharshini Prabakaran), untuk sama-sama berbuka puasa.

“Kedua, beliau juga minta kami untuk sampaikan mesej perpaduan, perbanyakkan mesej, kita hidup dalam negara harmoni, pelbagai kaum, majmuk.

“Jadi selalu dalam percakapan, perbuatan itu pasti kena perbanyakkan mesej perpaduan, itu yang beliau cakap kepada kami,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat