Tegas Dengan China Tidak Semestinya Perlu Menjadi ‘Anjing’ Barat

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan yang mengejutkan, Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, dalam cubaan untuk kelihatan berkecuali dengan tekanan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas negara-negara serantau untuk memilih antara mereka dan China telah menegaskan bahawa Malaysia tidak mempunyai masalah dengan China dan sepatutnya bebas untuk menjalin hubungan baik dengan jiran pentingnya tanpa campur tangan asing.

Anwar menyatakan pandangan ini semasa Sidang Kemuncak Kesatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Melbourne, Australia, di mana beliau bersama sembilan pemimpin Asia lain menghadiri pertemuan tersebut. “Pada masa ini, China kelihatan sebagai pelabur utama ke Malaysia,” kata Anwar, sambil menegaskan bahawa rakyat Malaysia “tidak mempunyai masalah dengan China.”

“Kita adalah sebuah negara merdeka, kita adalah sebuah negara yang sangat merdeka, kita tidak mahu diarahkan oleh mana-mana pihak,” tegas Anwar.

“Jadi sementara kita kekal sebagai seorang sekutu penting kepada Amerika Syarikat dan Eropah dan di sini di Australia, mereka tidak sepatutnya menghalang kita daripada bersikap mesra dengan salah seorang jiran penting kita, iaitu China,” tambah beliau, semasa sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, sekutu rapat Amerika Syarikat.

Beliau juga menekankan bahawa Malaysia mempertahankan kedaulatannya dalam wilayah Laut China Selatan, di mana China sedang mengejar tuntutan wilayah secara paksa yang bertentangan dengan negara-negara lain.

Walau bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia menyuarakan pandangan yang bertentangan dengan Anwar dan mahukan kenyataan dan tindakan lebih keras terhadap China. Pemerhati situasi geopolitik semasa berpendapat, Malaysia perlu memantapkan kekuatan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mencegah pencerobohan berulang dan mengawal ketat wilayah sendiri 24 jam sehari.

Mereka juga menegaskan bahawa Malaysia perlu mengakui pencerobohan yang terlalu kerap oleh China dan tetap bersifat lantang dengan tindakan mereka agar tidak dilihat tidak berdaulat apabila membenarkan pembulian berterusan. Dalam masa masa, Malaysia harus kekal amalkan sifat sentiasa berdiplomasi dan dalam masa sama sentiasa berusaha memastikan aset pertahanan diperkuatkan, bukan kerana berniat untuk memulakan perang dengan China mahupun mana-mana negara, sebaliknya, tujuan utama adalah demi memastikan integriti pertahanan negara cukup kuat untuk memastikan cegah rintang terhadap ancaman luar.

Malaysia bukan mahu jadi ‘anjing’ Barat atau Amerika Syarikat, tetapi memperjuangkan kedaulatan negara dengan memantapkan kekuatan pertahanan sendiri. Malaysia perlu mengekalkan keseimbangan dalam hubungan antarabangsa, dengan tidak menjadikan sesiapa pun sebagai musuh atau kawan tetap, tetapi berpegang kepada prinsip keadilan, kedaulatan, dan kepentingan nasional.

Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia mempunyai hak untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara tanpa campur tangan atau tekanan daripada mana-mana pihak. Amat penting untuk Malaysia dilihat kekal berkecuali dalam polemik perang dingin antara China dan Amerika Syarikat ini. Justeru, apabila Anwar berulang kali menyebut negara China secara terbuka sebagai ‘sahabat’ Malaysia, tidakkan ini meletakkan Malaysia berada bersama dengan suatu pihak berbanding yang lain? Agak janggal jika sebarang keputusan perdagangan dibuat semata-mata untuk menidakkan tanggapan negara lain, bukannya untuk kepentingan Malaysia itu sendiri.

Jadi, dalam menangani hubungan dengan China dan negara-negara lain, Malaysia perlu mengambil pendekatan yang bijaksana, mantap, dan berwibawa untuk memastikan kepentingan negara dan rakyat terpelihara.

Dengan pendekatan melihat secara lebih holistik dalam segenap segi serta sentiasa meletakkan kepentingan negara sebagai kiblat kepada sebarang keputusan dasar luarnya, Malaysia dapat menjaga kedaulatan dan kepentingan nasionalnya sambil kekal menjalin hubungan baik dengan semua negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat