22 lesen penjualan benih padi sah dibatal 2023- Mohamad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi menghalang tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab merosakkan industri padi dan beras negara, pada tahun 2023 sebanyak 22 lesen penjualan benih padi sah telah dibatalkan kerana telah melanggar syarat sah lesen.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau menyedari bahawa KPKM berhadapan dengan cabaran dalam menyelesaikan isu bekalan makanan yang bukan sahaja dihadapi oleh negara Malaysia, malahan di seluruh dunia.

Justeru katanya, berkaitan isu padi dan beras, KPKM mulai tahun ini telah memperkenalkan “Gelombang Padi” sebagai satu pelan tindakan komprehensif yang merangkumi 12 inisiatif berfokus bagi memastikan peningkatan hasil padi dari tahun ke tahun meningkat dan mencapai SSR beras negara.

“Selian itu, KPKM juga telah mengadakan beberapa sesi libat urus di pelbagai peringkat dengan semua pihak berkepentingan dalam rantaian nilai industri padi dan beras bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan akan diangkat untuk pertimbangan Mesyuarat NACCOL 20 Mac nanti,” katanya menjawab Perbahasan Usul Menjungjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat