Borneo Mega Raya Fest 2024

- Advertisement -

Festival Fesyen Raya terbesar di Sabah kembali untuk edisi kedua dengan ‘kenikmatan’ lebih meriah dan lebih hebat!

Menghimpunkan lebih 80 jenama eksklusif dan 19 selebriti ternama

Borneo Mega Raya Fest 2024, iaitu sebuah festival fesyen raya terbesar di Negeri Sabah kembali untuk edisi kedua, dengan skala lebih besar berbanding edisi sulung pada tahun lalu.

Bakal berlangsung selama 10 hari bermula 29 Mac, 2024 hingga 7 April, 2024 ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Borneo Mega Raya Fest 2024 dianjurkan oleh Jeeharris Corporation, sebuah syarikat penganjur acara yang berpangkalan di Sabah.

Jeeharris Corporation bukan nama asing dalam industri penganjuran acara di Negeri di Bawah Bayu. Ia mempunyai kepakaran dalam menganjurkan acara berskala besar dari festival bertaraf antarabangsa sehinggalah kepada konsert muzik yang berjaya mengumpul lebih 5,000 pengunjung bagi setiap acara.

Antaranya, Borneo Mega Raya Fest 2023, Mari Makan Minum Fiesta 2023, Konsert Armada Janji Bahagia 2023, Konsert Ungu di Bawah Bayu 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeeharris Corporation, Harris Baba berbangga untuk mengumumkan bahawa Borneo Mega Raya Fest 2024 kembali selepas kejayaan melangsungkan festival fesyen terbesar itu buat julung kalinya tahun lepas.

“Kami tidak sabar untuk menghidangkan rakyat Sabah, termasuk wilayah-wilayah berdekatan seperti Labuan, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam dengan Festival Fesyen Raya terbesar.

“Festival ini disasar menjadi penanda aras dalam penganjuran pesta fesyen di Borneo yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

“Susulan kejayaan festival ini pada tahun 2023 yang berjaya menarik kira-kira 5,000 pengunjung sehari untuk tempoh 14 hari festival berlangsung, edisi kedua pastinya jauh lebih mengujakan untuk pengunjung!

“Pengunjung bukan saja dapat membeli-belah keperluan raya terutamanya baju raya daripada jenama fesyen terkenal di Malaysia, bahkan juga bertemu ramai selebriti dan pempengaruh terkenal sambil menikmati persembahan muzik.

“Untuk edisi 2024, festival ini akan menampilkan lebih 80 jenama eksklusif serta menghimpunkan kira-kira 19 selebriti dan pempengaruh ternama negara.

“Antara acara yang pastinya akan menaikkan adrenalin pengunjung, adalah ‘Happy Hour Sale’, Meet & Greet bersama Selebriti, pertunjukan fesyen, persembahan artis dan band serta pelbagai hadiah tiket bertuah untuk pengunjung bertuah!”

Antara barisan selebriti dan pempengaruh yang bakal memeriahkan Borneo Mega Raya Fest 2024 adalah MK K-Clique, Khairy Jamaluddin, Dato Aliff Syukri, Adira Suhaimi, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Bella Astillah dan ramai lagi.

Buat pertama kalinya, Borneo Mega Raya Fest menampilkan jenama besar untuk kepuasan membeli-belah pengunjung, Antaranya, Rizman Ruzaini, FiziWoo dan Fustaan.

Harris, yang juga penyanyi dan pelakon popular, menambah: “Apa yang penting,

kami di Jeeharris ingin menyediakan platform kepada pempamer yang terlibat untuk memperkenalkan jenama dan produk mereka kepada seluruh Borneo menerusi Borneo Mega Raya Fest 2024.

“Kami juga berharap dapat membantu dan menyokong usahawan muda untuk membawa jenama serta produk mereka ke tahap lebih tinggi!.

Harris berkata, lebih menarik Borneo Mega Raya Fest 2024 akan berlangsung di sebelah bufet Ramadan terbesar di Sabah dengan lebih 700 hidangan yang dianjurkan oleh SICC.

“Ini pastinya akan memberikan pengalaman tidak dapat dilupakan oleh pengunjung kerana bukan saja dapat membeli-belah daripada rangkaian jenama terbaik tetapi juga menikmati jamuan lazat dan pelbagai ketika berbuka puasa.

“Oleh itu, kami mensasarkan Borneo Mega Raya Fest 2024 untuk menarik kira-kira 4,000 hingga 5,000 pengunjung sehari dari 29 Mac, 2024 – 7 April, 2024 ini.”

Lebih 100 gerai, yang menawarkan kelengkapan raya seperti baju, kosmetik, makanan dan banyak lagi, akan dibuka sempena Borneo Mega Raya Fest 2024 dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Jadi jangan lupa serbu Borneo Mega Raya Fest 2024, dari 29 Mac, 2024 – 7 April, 2024 ini untuk merasakan pengalaman membeli belah yang tidak dapat dilupakan di festival fesyen terbesar di Sabah.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 012 999 9255 (Harris), 019 697 0040 (Shah), 012 999 9225 (Jiha) atau menerusi emel di [email protected].

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat