RM 9,330,000,00 selenggara & baiki RKAT DTAR Kem Perdana Sungai Besi

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) sentiasa menumpukan tekad kepada usaha besar meliputi kebajikan dan kemashalatan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Aspek kebajikan warga ATM adalah menjadi teras utama yang dititikberatkan dalam menjamin tahap kesejahteraan mereka, sentiasa terpelihara dan memiliki moral yang tinggi dengan kualiti hidup yang sejahtera.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Mindef sempena lawatan kerja Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Tun Abdul Razak (DTAR), Kem Perdana Sungai Besi pada Ahad.

Menurutnya, taklimat ringkas secara lisan berkaitan RKAT DTAR telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah 94 Unit Perkhidmatan Kejuruteraan Angkatan (UPKAT), Kolonel Nik Amir Nik Ya’acob.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled menyempurnakan penyerahan mock cheque peruntukan RM 9,330,000,00 senggaraan RKAT DTAR kepada kepada Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Hj.Muhammad Huzaimi Sabri.

Menurut kenyataan itu lagi, Mohamed Khaled turut membuat lawatan dan meninjau sendiri kondisi dan keadaan persekitaran bangunan serta berkesempatan menyantuni penghuni di situ.

Katanya, peruntukan yang diterima ini akan dimanfaatkan bagi pelaksanaan projek meliputi senggaraan dan pembaikan rumah kediaman sebanyak 937 buah yang merangkumi pembaikan terhadap bumbung bangunan.

Katanya, skop senggaraan mekanikal meliputi pendawaian semula elektrikal serta kawasan bawah rumah meliputi bilik pam, bilik sesalur elektrik dan sesalur air.

“Jangkaan pelaksanaan projek senggaraan ini akan dilaksanakan bermula pertengahan bulan April ini, ”tambahnya.

Turut hadir dalam sesi lawatan ialah Ketua Setiausaha Mindef, Datuk Seri Isham Ishak, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan serta pegawai-pegawai kanan Kem Perdana Sungai Besi.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat