Beberapa Kawasan Di Batu Gajah & Besut Dikenakan PKPD Bermula Ahad

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Batu Gajah, Perak dan Besut, Terengganu selama 14 hari bermula Ahad (14 Feb) ini, berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang terlibat ialah Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) dan Kuarters Kakitangan di Batu Gajah, Perak dan Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, di Besut, Terengganu.

“Sehingga kini, di kawasan terlibat di Batu Gajah, Perak, KKM telah melaksanakan 81 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 29 kes positif COVID-19 direkodkan serta 45 baki saringan sedang menunggu keputusan.

“Di Besut, Terengganu pula, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif COVID-19 telah direkodkan meliputi ketiga-tiga lokaliti ini,” katanya dalam kenyataan perkembangan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD itu diambil setelah penilaian risiko dilakukan bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ekoran situasi COVID-19 di kawasan itu.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan PKPD di Penjara Simpang Renggam dan Kuarters Kakitangan di Simpang Renggam, Kluang, Johor akan ditamatkan pada 14 Feb ini, seperti yang dijadualkan.

Mengenai jumlah individu yang ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP, beliau menyatakan seramai 680 individu ditahan semalam, dengan 610 daripadanya dikompaun, 59 individu direman manakala 11 lagi dijamin.

“Antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah tiada penjarakan fizikal (146), rentas daerah serta negeri tanpa kebenaran (117), aktiviti pusat hiburan (106) dan tidak memakai pelitup muka (86),” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata seramai 21 pendatang tanpa izin ditahan dalam Op Benteng di seluruh negara, manakala sebanyak 10 kenderaan darat disita.

Ismail Sabri memaklumkan seramai 9,138 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam, dengan 120 daripadanya didapati positif COVID-19.

Menurutnta, secara kumulatif, setakat ini Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, seramai 362,067 pekerja warga asing menjalani ujian saringan dengan 7,016 daripadanya disahkan positif COVID-19. – Bernama

Topik Hangat

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Zahid didakwa guna kuasa veto ketika mesyuarat MT UMNO

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lepas, lapor Astro...

Berita Berkaitan

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Tiada Apa Perlu Ditakutkan Dengan Suntikan Vaksin COVID-19, Kata Penerima Awal

PUTRAJAYA - Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan suntikan vaksin COVID-19 kerana suntikan itu macam suntikan biasa untuk kesejahteraan diri, kata seorang petugas Kementerian...

Lebih Setengah Juta Penduduk Malaysia Daftar Untuk Terima Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Sejak pendaftaran vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera semalam, seramai 637,000 individu telah mendaftar...