Kampus cawangan PUO di Bercham bernilai RM27.1 juta, beri manfaat kepada 1200 pelajar baharu

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Seramai 1,200 orang pelajar baharu akan ditempatkan di kampus cawangan Politeknik Ungku Omar (PUO) di Bercham secara berfasa mulai Februari dan menerima kemasukan sepenuhnya Ogos ini.

JPPKK dalam kenyataannya memaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyerahkan projek kampus tersebut kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), dekat sini pada Sabtu.

Majlis penyerahannya disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow; Timbalan Ketua Setiausaha KPT (Pengurusan dan Pembangunan), Datuk Mohamad Azhan Md. Amir; Ketua Pengarah JKR, Datuk Wira Ir. Roslan Ismail; Ketua Pengarah JKPPK, Dato’ Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail, dan Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah.

“Projek yang melibatkan kos berjumlah RM27.1 juta ini mula dibina pada 2018 dan siap sepenuhnya pada 28 Disember tahun lalu oleh kontraktor utama di bawah agensi pelaksana JKR Cawangan Kerja Pendidikan, JKR Perak dan JKR Kinta sebagai Penguasa Projek.

“Kampus ini menyediakan lima program iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Kewangan, Diploma Kewangan Islam dan Diploma Pengurusan Peruncitan,”kata kenyataan itu.

“Kampus ini turut dilengkapi dengan enam buah bilik Technology-enable Collaborative Classroom (TeCC) yang bakal dilengkapi dengan peralatan teknologi Virtual Reality (VR).

“Lebih menarik lagi, ruang -ruang kuliahnya diinspirasikan daripada ruang bank sebenar seperti Ruang Bank Simulation, capaian wifi di keseluruhan kampus, pelaksanaan elemen Green Campus melalui penjimatan tenaga dan teknologi hijau dengan penggunaan lampu-lampu penjimatan tenaga, Rainwater Harvesting System dan lain-lain elemen SDG yang lebih inovatif, ”katanya.

“Turut disediakan ruang-ruang baharu yang kondusif, perolehan peralatan yang menyokong perkembangan teknologi terkini, pembangunan kompetensi pensyarah.

“Di samping itu, penyediaan platform yang tersusun dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersialan bagi menyokong pembangunan ekonomi mampan, ”katanya lagi.

“Dengan kewujudan kampus baharu ini adalah diharapkan dapat menyokong aspirasi pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Ianya telah digariskan dalam Dasar TVET Negara 2030 dan menjadikan TVET Malaysia yang responsif, fleksibel dan inklusif.

“Perkara ini juga turut digariskan di dalam Pelan Transformasi Politeknik 2023-2035 dan Rancangan Pemerkasaan Kolej Komuniti yang memberi fokus kepada pembangunan program TVET yang mampan,”tambahnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat