UMNO Ingatkan Darurat Kawal Wabak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO mengingatkan kerajaan bahawa kuasa bawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan Covid-19 semata-mata.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak memandangkan rasional yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dalam memohon pengisytiharan darurat hanyalah untuk menguruskan pandemik Covid-19, maka segala kuasa bawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan wabak semata-mata.

“Sepanjang darurat berlangsung, UMNO berharap prinsip hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketelusan dan kedaulatan undang-undang harus tetap dipelihara,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Dalam pengumuman khas perdana menteri pagi tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sepanjang tempoh darurat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh memasyhurkan mana-mana ordinan mengikut keperluan semasa bagi tindakan serta-merta.

Katanya, ia merangkumi hal-hal berkaitan penggunaan aset hospital swasta, pengambilmilikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan untuk penggunaan sumber hospital swasta untuk merawat Covid-19. 

Dalam kenyataannya, Ahmad Zahid berkata usaha harus dilakukan untuk segera untuk mengembalikan dan memulihkan fungsi perlembagaan dan amalan demokrasi berparlimen selepas darurat mencapai matlamatnya.

Beliau juga mahukan jaminan kerajaan bahawa isu-isu rakyat seperti pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat, lanjutan moratorium akan diambil berat dan dikotakan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata UMNO menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan pengisytiharan darurat bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat